Thursday, October 20, 2016

Apa Itu HPV (Human Papilloma Virus)?


Human papilloma virus, juga dikenali HPV, adalah satu kumpulan virus yang terdiri lebih daripada 120 jenis virus.

Human papilloma virus

Lebih kurang 40 jenis virus HPV dikenali sebagai 'genital human papillomavirus' merupakan penyakit kelamin yang paling biasa berjangkit pada manusia.

HPV jenis ini boleh menjangkiti bahagian kemaluan lelaki dan wanita. HPV jenis ini juga boleh menjangkiti bahagian mulut, tekak dan dubur.

HPV boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ini termasuklah ketuat pada kemaluan dan kanser.

Walaupun begitu, tidak semua orang yang dijangkiti akan menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Dalam kebanyakkan kes, HPV akan sembuh sendiri tanpa memberikan apa-apa masalah kesihatan dan kebanyakan orang yang dijangkiti HPV tidak sedar mereka mempunyainya.

HPV bukanlah herpes atau HIV (virus yang menyebabkan AIDS) walaupun kedua-dua virus ini turut dipindahkan ketika hubungan seks.

Siapa yang berisiko mendapat jangkitan HPV?

Sesiapa sahaja yang pernah atau sedang melakukan kegiatan seks boleh dijangkiti HPV terutamanya lelaki dan wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan.

Ini kerana HPV berjangkit melalui hubungan seks, samada melalui faraj ataupun dubur.

HPV juga boleh berjangkit semasa seks oral mahupun sentuhan antara kemaluan.

HPV boleh berjangkit walaupun pasangan seks tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala (symptom).

Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak sedar mereka dijangkiti atau menjangkiti pasangan seks mereka.

Seseorang masih boleh dijangkiti HPV walaupun bertahun tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti. Individu juga boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis HPV.

Dalam kes yang terpencil, ibu mengandung dengan jangkitan HPV pada kemaluan boleh menjangkiti anaknya semasa dilahirkan.

Teori vaksin HPV

Harald zur Hausen, iaitu pemenang Hadiah Nobel pada tahun 2008 bagi kategori 'Psychology or Medicine' dalam kajiannya menemui sebahagian HPV sebagai penyebab kanser rahim.

Penemuan ini membawa kepada pemahaman jangkitan HPV secara semulajadi dan mekanisma bagaimana HPV boleh menjadi punca kanser rahim.

Penemuan ini kemudiannya membawa kepada penghasilan vaksin HPV.

Teori mudah bagi vaksin HPV adalah sekiranya jangkitan HPV boleh dielak, maka kanser tidak akan berlaku.

Sejarah ringkas vaksin HPV

Vaksin HPV yang pertama, Quadrivalent Human Papillomavirus (Types 6, 11, 16, 18) sejenis vaksin rekombinan (HPV4) telah dilesenkan oleh Food and Drug Administration untuk kegunaan Amerika Syarikat pada Jun 2006 dan pada bulan yang sama, Advisory Committee on Immunization Practices mengesyorkan vaksin ini sebagai vaksinasi berkala bagi wanita berumur antara 11 dan 12 tahun.

Pada tahun 2009, HPV4 turut dilesenkan untuk mengelakkan ketuat pada lelaki dan pada tahun 2010, untuk mengelakkan kanser dubur bagi lelaki dan perempuan.

Pada tahun 2009 juga, FDA turut melesenkan vaksin HPV2, Bivalent Vaccine (Types 16 dan 18).

Product: Gardasil (HPV4)
Manufacturer: Merck
Year Licensed: 2006

Product: Cervarix (HPV2)
Manufacturer: GlaxoSmithKline
Year Licensed: 2009

Kedua-dua vaksin dikatakan berkesan untuk mengelakkan jangkitan HPV bagi jenis yang terkandung dalam vaksin.

Maka, secara tidak lansung melindungi daripada kanser mahupun pra-kanser yang disebabkan oleh HPV 16 dan 18.

Vaksin HPV4 pula dikatakan mampu melindungi kemaluan daripada ketuat yang disebabkan oleh HPV 6 dan 11 pada lelaki dan perempuan.

Masalah vaksin HPV

Vaksin HPV hanya melindungi 2 daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang disebabkan HPV, menurut CAP.

90% daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun.

Selain itu, kebanyakkan jangkitan tidak memberikan sebarang tanda-tanda mahupun gejala yang negatif.

HPV bukanlah satu-satunya penyebab kanser servik. Antara punca berisiko tinggi lain yang dikenal pasti adalah merokok, jangkitan bersama herpes, Chlamydia atau HIV dan penggunaan hormon perancang keluarga. Ketidakseimbangan hormon estrogen terutamanya dikaitkan dengan kanser servik.

Malah jika seseorang wanita dijangkiti HPV yang boleh menyebabkan kanser, tidak semestinya dia akan mendapat kanser. Kemungkinan besar, badannya akan menyingkirkan virus itu sebelum kanser terbentuk.

HPV adalah penyakit jangkitan seksual

Penyakit ini hanya berjangkit melalui hubungan seks sahaja. Hanya mereka yang aktif secara seksual dan mengamalkan seks rambang berisiko untuk menjangkiti HPV dengan mudah.

Ini bermakna vaksin ini sesuai untuk golongan yang mengamalkan seks bebas dan pelacur.

Kanser serviks pula hanya berlaku selepas lebih daripada 10 tahun selepas berlaku jangkitan.

Vaksinasi kepada remaja berumur antara 9-13 tahun seperi yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mampu melindungi mereka daripada 2 jenis HPV sahaja. Itupun kesan vaksinasi tidak dapat bertahan lebih daripada 5 tahun.

Kematian Akibat Kanser Serviks

Kadar kematian akibat kanser serviks adalah rendah di Malaysia.

Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kes kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kes kanser rahim tidaklah setinggi di negara-negara Barat.

Kejadian kanser serviks menurun daripada 12.9% pada tahun 2003 kepada 12.2% pada tahun 2006 dan ini berlaku sebelum adanya vaksin HPV.

Sepanjang tahun 2006, hanya 1,074 kes sahaja yang telah dilaporkan. Bilangan kes tidak menunjukkan bilangan kematian yang disebabkan kanser serviks dan bukan semua kanser serviks adalah disebabkan oleh HPV.

Kanser serviks yang tipikal berlaku pada wanita berumur 40 tahun ke atas. Apakah logiknya untuk vaksinasi remaja yang baru akhil baligh?

Kesan vaksinasi tidak kekal spanjang hayat, biasanya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja.

Fakta ini boleh dilihat dalam ujian klinikal Gardasil (vaksin HPV4), perlindungan terhadap 'cell dysplasia' (perubahan kepada permukaan sel serviks) hilang setelah 4 tahun sahaja dan dalam ujian klinikal, peserta ujian diberikan dos suntikan yang keempat untuk menambahkan bilangan antibodi.

Dan ujian klinikal ini dilaporkan oleh Merck (pembuat vaksin) walaupun vaksinnya dipasarkan dengan tiga suntikan sahaja, bukan empat.

Menurut Dr Diane Harper, saintis utama untuk Gardasil, vaksin HPV hanya memberikan perlindungan 5 tahun sahaja daripada suntikan yang pertama.

Dan Gardasil hanya mengekalkan titer (kepekatan) antibodi untuk HPV 16 sahaja (tidak untuk 18, 11 dan 6) selama 5 tahun.

Ini bermakna perlindungan yang benar-benar kekal lama selepas diberi suntikan vaksin HPV4 Gardasil hanyalah bagi kanser yang disebabkan HPV type 16 sahaja.

Menurut Dr Diane Harper, jika seseorang yang divaksin tidak aktif secara seksual dalam 5 tahun, maka vaksin tersebut tidak melindunginya daripada kanser rahim.

Ini kerana tidak ada bukti bahawa Gardasil berkesan lebih daripada 5 tahun.

Dr Diane juga menyebut kegagalan logik memberikan vaksin kepada mereka yang berumur antara 9-15 tahun kerana mereka mungkin tidak akan terdedah kepada HPV sehinggalah kesan vaksin hilang dan tak berkesan lagi.

Suntikan Vaksin HPV Tidak Selamat?

Kajian saintifik menunjukkan suntikan vaksin HPV tidak selamat dan tidak berkesan seperti yang didakwa oleh pembuat vaksin.

Laporan yang sistematik telah dilakukan oleh kumpulan saintis di Kanada terhadap kajian vaksin sebelum dan selepas dilesenkan menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin adalah tidak benar dan keberkesanannya tidak pernah dibuktikan.

Mereka mendedahkan bahawa ujian keselamatan vaksin ini mengandungi kesilapan yang besar dan bukti keselamatan vaksin adalah bertentangan dengan kes-kes yang dikaitkan dengan vaksin HPV (termsuklah kematian dan kecacatan kekal).

Artikel penuh boleh dibaca di http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23016780

Menurut kajian yang dilakukan oleh Merck (pembuat vaksin) pula, jika seseorang telah terdedah kepada HPV 16 dan 18 sebelum suntikan vaksin, risiko untuk membentuk luka pra-kanser atau lebih teruk meningkat sebanyak 44.6%.

Bahaya Dan Kesan Sampingan Vaksin HPV

Menurut laporan perubatan, antara kesan sampingan yang serius termasuklah:
  • Guillain Barre Syndrome
  • Blood clots
  • Heart problems
  • Fainting
  • Seizures
  • Pancreatitis
  • Spontaneous abortion/Miscarriages
  • Fetal abnormalities
  • Neurology problems
  • Bells Palsy
  • Paralysis
  • Speech problem
  • Short term memory loss
  • Ovarian cysts
  • Blindness
  • Cardiac arrest
  • Sudden death

Sehingga 13 Ogos, 2012, VAERS telah menerima 119 laporan kematian selepas suntikan vaksin HPV berserta:
  • 894 laporan kecacatan kekal
  • 517 kejadian mengancam nyawa
  • 9,889 kemasukan ke wad kecemasan
  • 2,781yang dihospitalkan

Kesan serius lain juga boleh dibaca dari http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21425100 menunjukkan kaitan jelas penyakit autoimmune seperti Guillain-Barre syndrome selepas suntikan vaksin HPV.

Vaksin HPV mengandungi bahan-bahan berbahaya kepada manusia, antaranya:
  • HPV Types 6, 11, 16 dan 18
  • Aluminum hydroxyphosphate sulfate (sejenis neurotoxin, boleh menyebabkan penyakit autoimmune)
  • Yeast protein (boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah orang)
  • Sodium chloride,
  • L-histidine (berisiko menyebabkan penggumpalan darah)
  • Polysorbate 80 (boleh menyebabkan kemandulan pada wanita)
  • Sodium borate (digunakan sebagai racun lipas, dikaitkan dengan kemandulan)

Mengikut senarai di The National Library of Medicine (NLM) oleh National Institutes of Health, sodium borate yang ada dalam vaksin HPV telah disenaraikan sebagai racun yang berbahaya dan kini tidak digunakan lagi dalam perubatan.

Kesan atau gejala akibat keracunannya adalah seperti convulsion, collapse dan seizures dan gejala-gejala ini sering berlaku setelah suntikan vaksin HPV.

Kaedah lain mengatasi masalah kanser serviks

Mengikut laporan CDC berkaitan HPV kepada Congress pada tahun 2004:

Kanser servik adalah kesan yang jarang berlaku akibat jangkitan HPV pada wanita terutamanya jika mereka diperiksa untuk kanser secara berkala dengan pap smear.

Jika kanser dikesan awal dan diurus dengan cepat, kadar hidup bagi kanser servik adalah lebih daripada 90%.

Kondom boleh mengurangkan risiko dijangkiti HPV. Kajian yang telah dilakukan kepada pelajar perempuan di kolej selama tiga tahun di Amerika Syarikat (semuanya anak dara pada mulanya) mendapati bahawa perempuan yang bersama pasangan yang sentiasa memakai kondom semasa seks adalah 70% kurang dijangkiti HPV berbanding wanita yang bersama pasangan yang tidak memakai kondom.

Dr. Tom Fitch, seorang pakar kanak-kanak dan pengerusi di Medical Institut for Sexual Health menegaskan bahawa kaedah terbaik untuk mengelakkan penyakit berjangkit secara seksual seperti HPV adalah dengan menahan diri dari seks dan monogami (tidak bertukar-tukar pasangan, seks rambang mahupun seks bebas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Daun Magik Herba Rerama Pakcik Khamarul Sembuhkan Kanser, AIDS, SLE?

Sumber: Movingtoislam

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon