Friday, September 02, 2016

Samsung Note 7 'Ditarik' Dari Pasaran Selepas Bateri Meletup Ketika Sedang Dicas?!

Loading...

Menurut laporan The Korea Herald, Samsung sedang mempertimbangkan keputusan untuk ‘panggilan semula’ setelah terdapat laporan pengguna menunjukkan bateri Note 7 meletup ketika sedang dicas.

Samsung Note 7 Recall

Samsung sedang membuat persediaan secara besar-besaran di peringkat global untuk memanggil semula (recall) smartphone terbarunya – Galaxy Note 7, menurut Agensi Berita Yonhap dari Korea Selatan.

Samsung mengambil keputusan untuk menangguhkan penghantaran Note 7 untuk menyiasat dakwaan di atas.

Yonhap mendakwa Samsung sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi yang telah melancarkan Note 7 – iaitu Verizon Wireless – tentang bagaimana panggilan semula akan dilakukan.

Syarikat itu juga dilaporkan telah mengarahkan sebuah syarikat telekomunikasi UK untuk menghentikan pelancaran Note 7 yang dijadualkan berlaku di rantau itu pada minggu hadapan.

Keputusan penyiasatan dan langkah-langkah tindakan akan diumumkan kepada orang ramai pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan, menurut seorang pegawai Samsung yang tidak dinamakan.

Samsung Note 7

Menurut beliau lagi, isu bateri ini memberi kesan kepada kurang daripada 0.1 peratus peranti Note 7, tetapi syarikat itu tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Recall secara besar-besaran ini akan memberi impak besar kepada Samsung kerana setelah Galaxy S7 dan S7 Edge, Note 7 menjadi tunjang utama syarikat pada separuh kedua tahun ini, setelah menghadapi kesukaran kewangan pada awal tahun 2016.

Sekiranya recall ini benar-benar berlaku, masa hadapan Samsung tidak begitu indah seperti yang mereka harapkan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon