Sep 12, 2016

Pengertian Dan Maksud Sebenar Haji Mabrur

Haji mabrur adalah haji yang dilakukan oleh orang yang memiliki hubungan baik dengan Allah dan lingkungan sekitarnya. Nama Mabrur ertinya adalah Diberkati; Berbuat Kebajikan.

Haji Mabrur

Dalam kitab Fathul Baarii, Syarah Bukhari-Muslim menjelaskan, “Haji mabrur adalah haji yang makbul yakni haji yang diterima oleh Allah SWT.”

Mabrur diambil dari kata al birru (kebaikan). Dalam sebuah ayat Allah SWT berfirman, “Lantanalul birra hatta tunfiquu mimma tuhibbun. Kamu tidak akan mendapatkan kebajikan sehingga kamu menginfakkan sebahagian apa yang kamu cintai”. QS.3:92.

Ketika digandingkan dengan kata haji maka ia menjadi sifat yang mengandungi erti bahawa haji tersebut diikuti dengan kebajikan.

Dengan kata lain haji mabrur adalah haji yang menjadikan pelakunya menjadi lebih baik dari masa sebelumnya selepas menunaikan ibadah haji.

Wallahu a’lam

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Salam Aidiladha SP... semoga kita semua sentiasa beroleh keberkatanNya... aamiin.

Salam Aidiladha juga buat KK dan rakan2 semua..:)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon