Sep 29, 2016

Fakta Peluru Berpandu BUK-Missile Darat Ke Udara Buatan Rusia!

MH17 disahkan telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK 9M38-Series, dari wilayah Persekutuan Rusia, menurut laporan Kumpulan Penyiasat Bersama (Joint Investigation Team) yang diketuai oleh Belanda.

BUK-9838

Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.

Apa itu BUK-Missile? Apa kata kita ambil tahu dulu sedikit info mengenai teknologi senjata tersebut.

Apa itu BUK?

BUK ialah satu sistem peluru berpandu darat ke udara. Sistem ini juga dikenali sebagai SA6 ataupun ataupun SA-17s oleh pihak USA. Dan bagi NATO mereka mengelarnya sebagai GRIZZLYS.

Peluru berpandu-BUK (surface to air missile SAM) ialah sejenis kumpulan senjata berjarak serdahana yang bergerak sendiri (dengan sistem radar khusus) selepas sasaran ditetapkan oleh sistem sokongan.

Bergerak sangat laju sehingga sukar dikesan dan mampu mengejar sasaran pada altitude sehingga 22,000 meter, ataupun lebih kurang 72,000 kaki atas udara.

Spesifikasi BUK-Missile
  • Saiz: 16'
  • Berat: 680.4 KG (kenderaan)
  • Kelajuan: 2684 MPH (Miles Per Hour)
  • Berat peluru berpandu: 70 KG

Pesawat jenis komersil seperti #MH17 biasanya bergerak pada kelajuan 500-600 miles per hour.

Bagaimana rupa bentuk BUK-missile?

BUK-Missile

Siapakah yang layak mengendalikan BUK-Missile?

Sistem ini perlu dikendalikan oleh 4 orang yang mahir dan pakar dalam mengendalikan BUK-missile. Bagi mereka yang tidak terlatih, mereka tidak boleh mengoperasikan sistem ini disebabkan tidak tahu bagaimana pengoperasian sistem dijalankan.

Macam kita guna komputer la. Kalau tak pandai guna komputer, boleh ke kita menaip, buka email dan sebagainya? Maka sistem ini hanya boleh dikendalikan oleh mereka yang benar2 terlatih dan terbukti pakar.

Bagaimana ia beroperasi?

BUK-Missile System

Sistem ini mempunyai 4 komponen utama (kenderaan yang berbeza):

Radar navigasi dan sasaran: Berfungsi mengenal pasti dan mengesan sasaran. Juga berperanan untuk menentukan pelbagai sasaran dan masa pelancaran misil.

Komponen perintah: Memberikan arahan berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari radar sasaran. Menyampaikan arahan selanjutnya kepada pelancar peluru berpandu.

Pelancar peluru berpandu: Membawa peluru berpandu.

Komponen logistik: Membawa peluru berpandu tambahan dan alat-alatan perang yang berkaitan dengan tujuan melancarkan (menyokong) operasi perang.

Unit arahan

Secara umumnya, sistem radar akan mengenalpasti sasaran yang berpotensi dan melaporkan kepada unit arahan.

Unit arahan akan bertindak untuk meletakkan sasaran tertentu dan unit peluru berpandu akan melancarkan misil tepat ke arah sasaran yang telah dikenalpasti dan logistik akan membekalkan peralatan tambahan seperti peluru berpandu setelah ia habis dilancarkan.

Keupayaan radar peluru berpandu BUK membolehkan ia mensasarkan pelbagai sasaran dari sudut yang berbeza dalam satu masa yang sama.

Maksudnya dia boleh mensasarkan sehingga 4 jenis sasaran yang berbeza sebelum lancarkan peluru berpandu pada sudut yang berbeza dengan jarak sasaran yang berbeza.

Siapa yang membangunkan sistem senjata ini?

Dibangunkan pada era Soviet Union pada tahun 1972 dan diterima masuk sebagai sebahagian dari alatan perang moden pada tahun 1980.

Sistem ini sentiasa diperbaharui dari segi kapasiti, kelajuan, saiz dan keupayaan secara berterusan dan ia mempunyai lebih dari satu jenis model yang direka mengikut kesesuaian dan permintaan dari negara-negara lain.

Siapa yang memiliki sistem BUK ini?

Rusia sudah tentunya. Sebagai pengeluar dan pencipta. Ia juga dijual kepada negara lain samada secara terbuka atau sulit.

Namun Rusia hanya menjualnya kepada proksi yang mahu bersekutu dengannya seperti Syria. Ukraine juga memiliki peluru berpandu BUK ini. Ukraine adalah bekas Soviet Union. Maka tidak hairan kenapa Ukraine turut memiliki sistem persenjataan ini.

Kenapa sistem BUK dicipta?

MH17 Shoot down

Bertujuan untuk melancarkan (mengelak/mempertahankan) serangan dari jet pejuang pemandu atau tanpa pemandu dan juga bom pintar (bersasaran).

Jika, satu misil dilancarkan, ia akan mengeluarkan bunyi dan menghasilkan asap yang sangat tebal ketika pelancaran.

Pelancaran bersasaran bermaksud sekali target sudah ditetapkan dia akan kejar sampai dapat.

3 kali lebih laju dari kelajuan udara dan setakat pesawat komersil, bukan siapa-siapa untuk lawan peluru berpandu BUK ini.

Radar sekalipun tidak mampu (tidak sempat) mengesan kehadiran misil ini disebabkan kelajuan peluru berpandu BUK tersebut.

Jika ia terkena di hadapan pesawat, berbanding di bahagian ekor maka, mana-mana juruterbang tidak akan sempat membuat sebarang panggilan kecemasan kerana ianya telah musnah dalam serangan tersebut.

BUK-Missile hanyalah salah satu dari keluarga kumpulan persenjataan darat ke udara. Selain dari BUK, Rusia juga membangunkan pelbagai lagi jenis persenjataan darat ke udara (SURFACE TO AIR MISSILE = SAM).

Dan pada Julai 17, #MH17 ditembak jatuh menggunakan misil jenis BUK-9838.

Misil ini dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pemisah seperti yang diwar-warkan oleh presiden Ukraine selepas berlakunya insiden.

Namun pihak Rusia dan kumpulan pemisah menafikan penglibatan mereka dalam hal ini sebaliknya menuduh Ukraine adalah dalang.

BACA INI JUGA:

Sumber: Amenoworld

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon