Saturday, July 23, 2016

Ruhainies Dakwa Diperangkap Suami Adira Selepas Kantoi Berpegangan Tangan?


Peminat hiburan dikejutkan dengan penyebaran video mesra pelakon Ruhainies dan suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu yang dilihat keluar bersama di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota, baru-baru ini.

Ruhainies dan suami Adira

Video yang menyaksikan Adnan merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya status hubungan mereka.

Bagaimanapun, pelakon Hello Mr. Perfect ini menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Adnan.

Lebih mengejutkan, Ruhanies mendakwa dia seolah-olah diperangkap oleh ahli perniagaan itu untuk meraih populariti.

“Ya, itu memang saya dan kami memang ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.

“Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun bila ianya telah berlaku.

“Saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah. Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini.

“Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk mengambil gambar kami untuk menampakkan seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Adnan yang dihubungi menafikan dakwaan yang dilemparkan Ruhanies.

Ruhainies dan suami Adira [2]

Jelasnya, individu yang mengambil video tersebut mungkin mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga.

“Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu? Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.

“Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adnan tidak menolak mempunyai niat untuk berkawan lebih rapat dengan pelakon wanita itu.

Kata Adnan, dia tiada masalah untuk berkahwin lagi kerana mempunyai dua lagi kekosongan.

Penyanyi Adira mendirikan rumah tangga bersama Adnan sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia


Sumber: mStar Online

1 comment

  1. Macam2 retis ni.. benda2 mcm ni klu berlaku mmg org akan tertanya2...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon