Tuesday, June 07, 2016

Asal-usul Mesej Terkenal 'Keep Calm & Carry On'


Sebelum wujudnya teknologi komunikasi seperti hari ini, beberapa patah perkataan yang membawa mesej berbunyi 'Keep Calm & ...' hanya tertumpu kepada beberapa kelompok masyarakat.

Keep Calm & Carry On.jpg

Mesej ini yang disematkan pada pelbagai bentuk poster telah menggunakan ayat penuh pertama iaitu 'Keep Calm & Carry On'.

Kini, bermacam-macam kreativiti perkataan mula diolah untuk tujuan membangkitkan semangat motivasi, luahan cinta dan keadaan kehidupan seharian.

Persoalannya, dari mana asal mesej unik ini diperkenalkan? Untuk tujuan apa ia dihebahkan?

Dikatakan, mesej ini berasal dari Britain dan mula diperkenalkan sekitar 77 tahun lalu dan merupakan antara slogan paling popular dalam sejarah negara tersebut.

Kementerian Penerangan Britain atau Ministry of Information (MOI) merupakan badan yang bertanggungjawab mencipta mesej tersohor ini pada tahun 1939.

Perkara ini termuat dalam tiga siri poster yang diusulkan sewaktu era Perang Dunia Kedua iaitu 'Your Courage, Your Cheerfulness', 'Your Resolution; Will Bring Us Victory' dan 'Freedom Is In Peril; Defend It With All Your Might'.

Bagi kementerian ini, ada sebab mengapa mesej seumpama ini diutarakan.

Selain kempen perang bersama pakatan negara BERIKAT, kerajaan Britain turut menggunakan kaedah perang saraf demi mempertahankan negara daripada diserang oleh pakatan PAKSI yang diketuai oleh Jerman ketika itu.

Pada masa yang sama, frasa 'Keep Calm & Carry On' turut digunakan untuk mententeramkan emosi rakyat diseluruh negara.

Berdasarkan kepada khabar angin, Britain bakal dihujani bom daripada pihak Jerman yang diketuai oleh Adolf Hitler.

Selain bersedia dengan membina terowong bawah tanah, kerajaan Britain percaya hebahan slogan tersebut mampu mengurangkan rasa takut dikalangan rakyat mereka.

Meskipun mesej ini hanya merangkumi empat perkataan, MOI terpaksa berhadapan dengan situasi rumit sebelum slogan ini diluluskan untuk hebahan umum.

Pada peringkat awal, MOI telah mengusulkan slogan ini pada Ogos 1937 yang termaktub dibawah polisi 'Home Publicity' sebelum diluluskan kerajaan Britain pada Julai 1938.

Bagaimanapun, proses untuk hebahan umum tidak dapat dilaksanakan ekoran Perang Dunia Kedua belum tercetus lagi.

Keep Calm & Carry On [2].jpg

Keadaan itu menyebabkan MOI hanya fokus untuk mengeluarkan kenyataan rasmi dan penapisan berita di media massa.

Sehinggalah pada Mac 1939, sebuah badan yang dikenali sebagai Royal Institute of International Affairs (Chatham House) mengeluarkan arahan supaya satu laporan rahsia atau polisi propoganda dilaksanakan.

Pada 6 April 1939, sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli akademik dan penerbit bagi membincangkan perkara itu.

Hasil perbincangan itu, jawatankuasa khas telah memutuskan dan memberi mandat kepada MOI untuk melaksanakan satu kempen umum sebaik tercetusnya perang.

Perhatian khusus adalah untuk menghasilkan satu siri poster bagi meyakinkan rakyat Britain.

Apa yang pasti, mesej yang disampaikan hendaklah merujuk pada usaha kerajaan bagi memastikan mereka menang dalam kempen perang nanti.

Mei 1939, sejumlah dana telah diluluskan bagi kempen tersebut. Dana berkenaan digunakan untuk tujuan proses reka bentuk oleh beberapa orang individu terpilih.

Mereka ialah Pengarah urusan Odhams Press, William Survey, Mantan ketua Penerbit Empire Marketing Board, Gervas Huxley dan seorang ejen pengiklanan bernama WGV Vaughan.

Mengiktu reka bentuk asal, dua ton warna akan digunakan iaitu merah dan putih.

Selain itu, penggunaan logo berbentuk mahkota disusun pada bahagian teks tertera 'Keep Calm & Carry On', sebagai simbol mesej dari institusi Diraja.

Bagi mendapatkan liputan diseluruh negara, agensi pengiklanan SH Benson Ltd telah diberi kontrak untuk menjayakan kempen tersebut dengan perbelanjaan sebanyak $112,000 Pound.

Bagaimanapun, jumlah tersebut dipertikaikan oleh kerajaan dan mereka membuat semakan semula kepada $45,000 Pound bagi cetakan sebanyak 2.5 juta salinan poster.

Malangnya, sejumlah besar cetakan tidak diedarkan kepada umum kerana petikan ayat dalam poster tersebut dianggap tidak memberi manfaat dan kurang patriotik untuk hebahan awam.

Keadaan itu menyebabkan pihak kerajaan mengambil keputusan untuk melupuskan sebahagian besar poster ini.

Keep Calm & Carry On by Stuart dan Mary Manley poster.jpg

Selang beberapa tahun kemudian, slogan ini kembali muncul, seolah-olah dilahirkan semula apabila menjadi viral diseluruh dunia.

Apa pihak mendakwa fenomena ini didorong oleh sekeping poster asal disebuah kedai buku terpakai Barter Books.

Pemilik kedai ini, Stuart dan Mary Manley telah menampal poster ini sebagai daya penarik kedai mereka.

Berdasarkan cerita, poster asal ini diletakkan dibahagian kaunter buku dan tanpa disangka, ramai pengunjung tertarik dan mencadangkan agar ia dicetak semula dan dijual bagi disimpan sebagai kata-kata semangat.

Dan siapa sangka, tindakan pemilik kedai itu telah menjenamakan semula idea tersebut dan kekal hingga hari ini.

BACA INI JUGA: Misteri Asal Usul Simbol ‘@’

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon