May 5, 2016

9 Rahsia Kejayaan Perniagaan Online

Perniagaan internet atau online adalah salah satu jalan alternatif untuk merancakkan bisnes. Jika kita tahu kelebihan melakukan perniagaan internet pasti anda berusaha untuk merealisasikan usaha anda itu.

Rahsia Kejayaan Perniagaan Online

Terdapat ramai yang terkandas setelah sekian lama melakukan perniagaan internet. Tetapi itu bukan bermaksud anda juga akan turut gagal melakukannya.

Ternyata kini perniagaan online menjadi pilihan ramai. Ia merupakan salah satu alternatif dalam menjual produk.

Tak kiralah anda menjual produk secara online ataupun tidak, setiap perniagaan yang diusahakan, anda pasti mempunyai harapan yang tinggi. Anda berharap agar perniagaan tersebut terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan.

Perniagaan, sama ada secara online ataupun biasa untuk sukses ia bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah.

Bahkan ada yang mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Jadi, sebab itulah anda yang menjalankan perniagaan dinasihatkan tidak mudah berputus asa.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 9 tips untuk berjaya dalam perniagaan online.

9 Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Online:

1. Nama Perniagaan

Cari nama perniagaan yang mudah diingat,mudah ditaip dan sependek mungkin agar mudah ditaip diingat. Anda juga boleh memilih nama perniagaan anda berdasarkan nama produk yang anda mahu jual.

2. Bermula Secara Kecil-kecilan

Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga ribuan ringgit.

Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai.

3. Mempunyai Strategi Yang Berkesan

Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, anda juga perlu mempunyai strategi yang berkesan.

Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan.

4. Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan.

Jika tidak, pelanggan akan lari dan anda yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka.

Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan anda sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu.

5. Jangan Hilang Fokus Terhadap Apa Yang Diusahakan

Setiap perniagaan yang ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya.

Oleh itu, anda haruslah mengelak daripada mengerjakan beberapa perniagaan serentak di dalam satu-satu masa.

Anda jangan sekali terpengaruh dengan peluang yang cuba mengalih fokus anda ketika itu. Sebenarnya itu salah satu cabaran dan dugaan terhadap usahawan baru seperti anda.

Fokus kepada perniagaan anda sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang anda sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.

6. Pemasaran Adalah Nadi Perniagaan

Pemasaran adalah nadi perniagaan yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemilik bisnes kerana ia akan menentukan kejayaan perniagaan anda dalam jangka masa pendek.

Tiada cara lain untuk anda bersaing di dalam perniagaan sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara dan teknik anda melakukan pemasaran.

Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal.

Oleh itu, anda perlu sentiasa belajar ilmu dan teknik pemasaran yang terkini agar dapat diadaptasi dalam menggerakkan perniagaan anda.

7. Rajin Belajar

Belajar di sini adalah menerusi pembacaan, menonton video tutorial dan rajin dalam membuat kajian tentang teknik ataupun cara yang betul melakukan perniagaan internet.

8. “Survive”

Perniagaan Internet tidaklah semudah yang disangka. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha akan berjaya.

Praktik setiap tips yang diperoleh daripada mentor. Belajar untuk bertindak sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya.

Kelak, sifat “Survive” inilah yang bakal membantu anda dikemudian hari.

9. Tiada Jalan Singkat

Apa yang penting dalam mekakukan perniagaan online adalah kesabaran. Tiada jalan mudah untuk bertahan lama dan berjaya dalam perniagaan internet jika kita mempunyai sikap mahu cepat kaya.

Buang sifat negatif itu serta mula belajar sedikit demi sedikit ilmu perniagaan Internet, Practice Makes Perfect!

Kesimpulan

Ingatlah kejayaan tidak datang dengan cepat. Letaklah sasaran yang realistik untuk dicapai. Tanya kepada diri sendiri, di manakah tahap perniagaan anda setahun akan datang, tiga tahun akan datang, lima tahun akan datang dan seterusnya.

Insya-Allah kejayaan sentiasa mendampingi mereka yang berusaha. Selain itu,selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya.

BACA INI JUGA: Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?

Sumber: Wom

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon