Apr 15, 2016

Woo Nina Grace, Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik

Detik 12.05 malam Khamis menjadi sejarah bagi seorang remaja perempuan bukan Islam apabila mengucap kalimah syahadah semasa sesi ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di sini.

Woo Nina Grace

Bersaksikan hampir 40,000 orang yang hadir pada majlis syarahan di Padang Astaka di sini, Woo Nina Grace, 19, mengucapkan kalimah syahadah dengan dibimbing Dr Zakir selepas bersoal-jawab mengenai agama Islam.

Remaja perempuan itu yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini, yang ibunya berasal dari Filipina dan bapanya dari Johor, mengakui telah mula mengkaji tentang Islam ketika berusia 13 tahun.

Beliau sebelum itu memberitahu bahawa telah menghafal surah Al fatihah, ayat kursi dan tiga surah Qul sejak beberapa tahun lalu dan yakin akan Tuhan yang Esa dan kewujudan Nabi Muhammad.

Ucapan kalimah syahadah itu bukan sahaja membuatkan Nina mengalirkan air mata malah juga hadirin yang hadir.

Sementara itu selepas selesai menyampaikan ceramah bertajuk 'Pilihan Orang Islam, Dakwah Atau Kemusnahan' dan sesi soal jawab pada kira-kira 12.45 malam, Dr Zakir dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berjumpa dengan Nina yang berehat di sebuah bilik di belakang pentas.

Usaha pemberita untuk menemu bual Nina tidak berjaya selepas dihalang oleh pihak urus setia program.

Beberapa hadirin yang ditemui menyatakan bahawa mereka terkejut dengan kesediaan Nina memeluk Islam dan bersyukur kerana dapat melihat usaha dakwah Dr Zakir yang mampu menarik orang bukan Islam menjadi 'saudara baru'. -BERNAMA

BACA INI JUGA: Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon