Apr 24, 2016

Takutkan Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria

Sikap menakut-nakutkan anak sendiri dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

HISTERIA

Beliau berkata kebanyakan keluarga terutama kaum Melayu dilihat suka menanam semangat demikian pada anak-anak mereka sejak masih usia kecil lagi.

“Sikap ini akan mengakibatkan anak-anak mereka takutkan hantu dan makhluk halus yang lain, menyebabkan mereka terbawa-bawa hingga adakalanya mereka mengalami histeria (di sekolah),” ujarnya.

Bercakap kepada pemberita, Mohamad Shukri berkata sikap sedemikian hanya terdapat dalam masyarakat Melayu berbanding kaum-kaum lain, yang jarang mengalami histeria terutama ketika berada di sekolah.

Beliau berkata meskipun tidak dinafikan ada juga masyarakat lain mengalami masalah sama, tetapi yang paling menonjol adalah masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Mufti tersebut mengulas mengenai trend kejadian histeria yang berlaku di beberapa buah sekolah di Kelantan sejak minggu lepas.

“Keadaan persekitaran juga memainkan peranan terhadap pengaruh histeria, seperti fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas terik ketika ini.

“Faktor alam ini juga boleh mempengaruhi psikologi seseorang itu terutama jika mereka tidak sihat, kurang tenteram atau susah hati,” katanya.

Mohamad Shukri berkata dalam Islam, tidak dinafikan mengenai kewujudan makhluk halus, namun orang Islam perlu tahu bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk dicipta Allah.

BACA INI JUGA: Misteri Lukisan Berhantu 'The Hands Resist Him'

Sumkber: BERNAMA/Mynewshub/HAA

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon