Tuesday, April 12, 2016

Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit


Skim MyDeposit akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah untuk memiliki kediaman sendiri.

Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman mampu milik sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kini dilancarkan dan mula dilaksanakan.

Kelebihan Dan Manfaat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

  • Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah.
  • Kerajaan membantu dengan memberi sumbangan sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama bagi membantu mereka membeli rumah yang berharga sehingga RM500,000 dan ke bawah.

Kerajaan turut memutuskan bahawa penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama sebagaimana yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 akan mula dilaksanakan mulai bulan April 2016.

Dalam perkembangan sama, bagi menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah berharga sehingga RM300,000, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan beberapa insentif antaranya bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah, nilai deposit kekal RM200,000 dan kadar semasa nilai deposit adalah sebanyak tiga peratus (3%) daripada anggaran kos pembinaan.

Pelaksanaan inisiatif pemilikan rumah untuk rakyat adalah membabitkan usaha pelbagai pihak dari peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri juga sektor swasta dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada keperluan golongan yang disasarkan.

Terdahulu, pada pembentangan Bajet 2016, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

  • Permohonan skim rumah MyDeposit boleh dibuat secara atas talian (Mengisi Borang Permohonan Online) bermula pada tarikh 7 April 2016 sehingga 30 Jun 2016 melalui laman web rasmi KPKT, sila klik http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/
  • Sila klik http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/user/register/ (Daftar akaun) bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya.
  • Setelah pendaftaran disahkan berjaya sila klik http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/user dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk melengkapkan butiran yang diperlukan dalam sistem borang permohonan online.

Syarat Dan Kelayakan Permohonan Skim MyDeposit – Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain).
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) boleh diperolehi di laman web berkenaan atau layari https://www.facebook.com/Jabatan-Perumahan-Negara-JPN-194769760599590/

BACA INI JUGA: 'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

Sumber: Klxpress

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon