Apr 6, 2016

Kenapa Skandal 'Panama Papers' Dianggap Sebagai Jenayah?

Dunia masih lagi dikejutkan dengan skandal terbesar yang melibatkan beberapa pemimpin dunia yang dikenali sebagai ‘Panama Papers’.

'Panama Papers' Scandal

Tapi, apa sebenarnya skandal Panama Papers ini? Kenapa ianya dikatakan menjadi satu kesalahan? Apa sebenarnya kesalahan mereka ini?

Bagi memudahkan kita semua memahami skandal Panama Papers ini, DanGLiesack dan Vox menerangkan skandal ini dalam bentuk kartun.

1. Katakan anda menyimpan wang dalam tabung di bilik anda.

Skandal 'Panama Papers'

2. Tetapi ibu anda sering memeriksa berapa yang anda masukkan dan bawa keluar dari tabung itu. Anda tidak suka perkara itu.

Skandal 'Panama Papers' [2]

3. Jadi anda beli satu tabung baru.

Skandal 'Panama Papers' [3]

4. Dan bawanya ke rumah rakan anda, Johnny.

Skandal 'Panama Papers' [4]

5. Emak Johnny sibuk dan beliau tidak ada masa untuk memeriksa tabung anda. Jadi anda boleh menabung tanpa ada orang kacau.

Skandal 'Panama Papers' [5]

6. Kanak-kanak lain di kejiranan anda merasakan ianya satu perkara yang bijak.

Skandal 'Panama Papers' [6]

7. Jadi mereka semua turut meletakkan tabung mereka di bilik Johnny.

Skandal 'Panama Papers' [7]

8. Tetapi satu hari, emak Johnny akhirnya tahu berkenaan tabung-tabung itu.

Skandal 'Panama Papers' [8]

9. Beliau marah dan membuat panggilan ke semua ibu bapa kepada budak yang menyimpan tabung di bilik Johnny.

Skandal 'Panama Papers' [9]

10. Tidak semua yang menabung itu membuat kesalahan. Contohnya, anda hanya mahu privasi dari emak anda sahaja pada mulanya.

Skandal 'Panama Papers' [10]

11. Akhirnya kegiatan anda terbongkar juga.

Skandal 'Panama Papers' [11]

Diadaptasikan kes ini kepada Panama Papers, ramai individu yang berkuasa menyimpan tabung di rumah Johnny di Panama.

Anda mungkin tidak bersalah dalam soal ini. Tetapi rakan anda, Michael mencuri wang ibunya dan memasukkannya ke dalam tabung di rumah Johnny. Jacob pula mengambil duit poket pelajar lain dan menyimpannya di rumah Johnny supaya ibunya tidak tahu.

Wartawan seluruh dunia sedang membaca Panama Papers untuk lebih mengetahui tentang aktiviti yang berlaku di rumah Johnny di Panama; Sama ada segala urusan itu sah atau melanggar undang-undang, mereka tetap akan menghadapi masalah kerana memiliki tabung rahsia adalah perbuatan yang salah.

Buat masa ini, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur Gunnlaugsson telah meletak jawatan selepas namanya dikaitkan dengan skandal Panama Papers ini. Pemimpin lain seperti Vladimir Putin, Perdana Menteri Pakistan, Raja Arab Saudi dan Presiden Azerbaijan yang turut dikaitkan dalam skandal ini masih belum membuat kenyataan balas.

Ada yang menyatakan ini adalah agenda Amerika untuk melemahkan dan memburukkan nama pemimpin-pemimpin dunia ini. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan terbaru tentang skandal ini.

BACA INI JUGA: Awas! 12 Jenis Penipuan Paling Popular Di Malaysia

Sumber: Thevocket

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon