Sunday, April 17, 2016

Islam Melarang Kritik Agama Lain, Dr. Zakir Naik


Penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik berkata tuduhan bahawa beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar.

Dr Zakir Naik

Beliau berkata umat Islam tidak dibenarkan untuk merendahkan mana-mana agama, justeru beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti itu.

"Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat Islam untuk berbuat demikian.

"Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.

"Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini.

"Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat," kata beliau semasa sesi soal jawab selepas menghadiri majlis di sini, Selasa.

Dr Zakir berkata dakwaan-dakwaan tersebut, laporan polis dan memberikannya gelaran juga menjadikan beliau lebih popular dan telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya.

Beliau juga menegaskan bahawa jika beliau telah membuat kesilapan dalam membuat rujukan terhadap mana-mana agama lain, maka kesilapan itu perlu dinyatakan.

BACA INI JUGA: P. Ramasamy Bekas AJK Pertubuhan Pengganas LTTE!?

Sumber: mStar

2 comments

  1. ramai ultrakiasu yang suka membuat tuduhan yang bukan bukan terhadap beliau.

    ReplyDelete
  2. Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.

    #Jauh panggang dari api..

    *...Setelah pemimpin Quraish Abu sufyan melafazkan syahadah kerana takut dibunuh...(ibid:
    480, mengutip Ibn Hisyam, hal. 99).Ia lalu menanyakan pertanyaan kepada saudaranya(muhammad), “Apa yang harus kulakukan dengan Dewiku
    ‘Uzza? Umar bin Khattab yang mendengar pertanyaan Abu Sufyan kepada muhammad yang berhampiran dengannya,menjawab Abu Sufyan dengan suara keras penuh ejekan, “KAMI AKAN BUANG HAJAT DI ATAS DEWI
    ITU.”.....(ibid: 481, mengutip Ibn Hisyam, hal 99)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon