Saturday, March 05, 2016

Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood


Nampak ramah dan mesra tetapi 'kemanisan' itu hanya apabila berhadapan dengan media agar berita yang disiarkan molek serta indah belaka.

Hakikatnya, ketika bersama kru produksi dan peminat, akan terserlah keperibadiaan sebenar mereka.

Itulah lakonan hebat segelintir bintang tersohor Bollywood yang terkenal dengan sikap menjengkelkan, degil dan tegas tidak bertempat bagi memastikan segala kehendak mereka dipenuhi pelbagai pihak.

Kareena Kapoor

Kareena Kapoor

Aktres yang juga isteri kepada aktor Saif Ali Khan ini bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga seni yang sangat berpengaruh di Bollywood manakala keluarga mertuanya pula berdarah bangsawan.

Ibu mertuanya, Sharmila Tagore, adalah aktres popular 1960an.

Kareena yang mula berlakon pada usia belasan tahun sememangnya berjaya melakar kejayaan hebat dipentas seni Bollywood.

Dan kerana itulah, dia sesuka hati memilih rakan gandingan dan mereka mestilah pelakon gred A.

Dilimpahi tawaran berlakon sepanjang tahun, aktres ini khabarnya tidak akan sesekali berkongsi lensa kamera dengan pelakon gred B.

Disebabkan syarat melampau itu, dia menolak banyak tawaran daripada syarikat produksi.

Bukan itu saja, dia turut meletakkan syarat tidak akan berlakon adegan intim dengan hero dan sikap sombongnya melukakan hati banyak pihak termasuklah peminatnya.

Pernah suatu ketika di lapangan terbang, dia pernah memaki hamun peminat cilik yang mahu bergambar dengannya.

Akshay Kumar

Akshay Kumar

Bapa kepada dua cahaya mata ini meletakkan syarat tidak akan bekerja pada hari Ahad. Baginya, hari itu adalah waktunya berehat bersama keluarga.

Apapun yang berlaku dilokasi penggambaran, dia tidak akan bertolak ansur.

Bagaimanapun, syarat itu berbaloi kerana pada hari biasa, dia sangat komited dan menepati masa.

Akshay juga terkenal sebagai seorang yang sangat teliti dalam soal makanan bagi mengekalkan susuk tubuhnya yang sasa dan berotot.

Sonakshi Sinha

Sonakshi Sinha

Jika aktres lain tidak kisah menjayakan babak bercium di layar perak, Sonakshi pula enggan melakukannya.

Dia akan meletakkan syarat itu dalam kontraknya dengan syarikat prduksi. Ramai ternanti-nanti bilakah Sonakshi akan melanggar syarat yang diletakkan itu.

Pengarah manakah yang akan berjaya memujuk dan meleburkan prinsipnya?

Hrithik Roshan

Hrithik Roshan

Hrithik sangat menjaga bentuk tubuhnya dan bagi mengekalkan penampilan sasanya, dia akan membawa bersama tukang masak peribadinya tidak kira ketika penggambaran diluar negara mahupun ketika bercuti dengan keluarga.

Bagi melengkapkan lagi rutin penjagaan badannya, Hrithik akan meminta syarikat produksi menyediakan gimnasium bagi membolehkannya bersenam setiap hari.

Priyanka Chopra

Priyanka Chopra

Sememangnya terkenal dengan sikap besar kepala, aktres ini dikatakn pernah berang dengan pembantu fesyen terkenal, Mahish Malhotra, yang bertanggungjawab menyediakan bajunya untuk filem Anjaana Anjaani.

Dia dikatakan tidak berkenan dengan rekaan koleksi pakaian, gabungan warna dan material yang digunakan.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Mahish terpaksa datang sendiri ke set penggambaran untuk memujuk Priyanka.

Ketika penggambaran filem biografi, Mary Kom, Priyanka juga dikatakan campur tangan dalam pembikinan karya itu sehingga mengundang rasa kurang senang sutradara Omung Kumar.

Begitulah ragam Bollywood, dek kerana pengaruh yang besar dalam industri, kemahuan mereka pasti sentiasa dituruti.

BACA INI JUGA: Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. Itulah kan.. Macam2 ragamnya pelakon2 bollywood bila level mereka dh semakin tinggi.. Mestilah diorg nk demand mcm2 kan..

    ReplyDelete
  2. Tak sangka pula pelakon Bollywood yang terkenal ni ada perangai macam tu.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon