Sunday, October 11, 2015

Misteri 5 Beradik 'Ghaib' Dalam Kebakaran!


Sebuah keluarga besar didesa kecil Fayetteville, Virginia Barat, telah terlibat dalam satu kebakaran besar pada malam Krismas tahun 1945.

George and Jennie Sodder children

Pasangan George dan Jennie Sodder bagaimanapun terselamat. Namun, lima daripada 10 orang anaknya tiba-tiba 'ghaib' secara misteri dan tidak dapat dikesan hingga ke hari ini.

Ceritanya bermula pada awal pagi 25 Disember 1945 apabila Jennie tiba-tiba terjaga dari tidur selepas terkejut bunyi deringan telefon sekitar jam 1 pagi. Namun, ia hanyalah panggilan tersalah nombor.

Ketika meletakkan gagang telefon, Jennie perasan lampu diruang tamu masih menyala, langsir terselak dan pintu utama sedikit terbuka. Disitu juga anak ketiganya, Marion tertidur.

Jennie turun kebawah untuk mengunci pintu, menutup langsir dan mematikan lampu sebelum masuk tidur semula.

Beberapa minit kemudian, Jennie sekali lagi terjaga. Kali ini tidurnya diganggu oleh sesuatu yang bergolek diatas atap rumah.

Namun, dia tertidur semula sebelum tersedar buat kali ketiga kerana terhidu bau asap yang sudah memenuhi bilik tidur.

Serta-merta, Jennie mencapai anak bongsunya, Sylvia dan mengejutkan George disebelah. Dalam keadaan panik, Jennie berlari ke tingkap bawah sambil menjerit memanggil anak-anaknya supaya keluar dari rumah yang sedang terbakar.

Ketika diluar rumah, Jennie mengira seorang demi seorang anaknya kecuali anak sulungnya yang bekerja sebagai tentera.

John, Marion, George dan Sylvia ada bersama. Namun, lima anaknya, Maurice, Martha, Louis, Jennie dan Betty tidak ada!

George dan Jennie Sodder 5 Son

Tidak sempat berkata apa-apa, George segera memecahkan tingkap ruang tamu dan cuba masuk semula kedalam rumah, namun usahanya gagal kerana dihalang oleh api yang semakin mengganas.

George berlari pula kebelakang rumah mencari tangga yang difikirkan boleh membantunya masuk melalui tingkap bilik tidur utama. Namun, tangga tiada disitu.

Dia segera teringat trak arang batu yang mungkin boleh membantu. Bagaimanapun, trak rosak secara tiba-tiba. Dalam masa yang sama, George teringatkan air hujan yang disimpan didalam tong dibelakang rumah, malangnya air itu pula sudah membeku.

Dalam masa yang sama, Marion berkali-kali cuba menghubungi balai bomba daerah Fayetteville, namun tiada sebarang jawapan. Seorang jiran kemudian bergegas ke bandar untuk melaporkan kejadian itu.

Bagaimanapun, lapan jam kemudian barulah bomba sampai walhal jarak balai bomba dan rumah itu hanyalah empat kilometer sahaja. Pada ketika itu, rumah George sudah pun hangus menyembah bumi.

George, Jennie serta anak-anaknya hanya mampu menangis meratapi pemergian adik-beradik yang lain.

Ketika operasi mencari dijalankan, sesuatu yang pelik berlaku. Tiada satu pun jasad manusia rentung ditemui dalam sisa kebakaran itu melainkan perkakas rumah yang hangus terbakar.

Dimana anak-anak mereka? Mungkinkah kebakaran itu telah menghancurkan mereka?

Andaian awal, penyiasat percaya mayat semua anak-anak itu hancur kerana api terlalu panas menyebabkan jasad mereka lebur. Bagaimanapun dakwaan itu disangkal kerana kebakaran terjadi kurang dari 45 minit.

Sedangkan jasad akan bertukar menjadi abu sekurang-kurangnya dua jam kebakaran dengan darjah kepanasan mencecah 2,000 darjah!

Penyiasat juga percaya kebakaran berpunca daripada litar pintas, namun pada waktu kejadian lampu masih lagi menyala.

George tidak berpuas hati. Untuk mendapatkan penjelasan terperinci, pasangan itu telah mengumpul beberapa tulang haiwan untuk dibakar dengan suhu yang sama dengan kejadian kebakaran itu.

Proses pembakaran juga dilakukan selama 45 minit dan jawapan yang diperolehi amat mengejutkan. Tulang-tulang itu tidak hancur sepenuhnya. Malah masih terbentuk walaupun dalam keadaan rentung.

George memutuskan untuk meminta pihak berkuasa menggeledah lokasi kebakaran sekali lagi. Kali ini sesuatu yang lebih memeranjatkan ditemui dilokasi tersebut.

Apabila dianalisa, tulang-tulang itu menunjukkan usia kematangan sekitar 17 hingga 18 tahun, sedangkan anak-anak yang hilang paling tua pun berusia 14 tahun.

Kali ini George yakin anak-anaknya masih hidup dan telah diculik. Lantas kertas siasatan dibuka.

Semasa siasatan dijalankan, George memberitahu pernah didatangi seorang lelaki memohon kerja beberapa bulan sebelum kejadian. Ketika itu, lelaki tersebut ada menyebut tentang keadaan kotak fius itu bakal menyebabkan kebakaran suatu hari nanti.

Tidak lama kemudian, George juga didatangi seorang penjual insuran. Bagaimanapun, George tidak mahu membeli polisi menyebabkan lelaki tersebut berang dan menyumpah bahawa satu hari nanti akan terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap keluarganya.

Beberapa orang saksi juga tampil memberi keterangan termasuk jiran-jiran mereka. Mereka mendakwa melihat seseorang merosakkan enjin trak sebelum kejadian.

Begitu juga semasa kejadian, beberapa orang jiran ternampak kanak-kanak tersebut berada dalam sebuah kereta. Saksi lain memberitahu pernah menyediakan makanan kepada mereka dihentian sempadan Fayetteville dan Charleston.

Manakala saksi wanita dari hotel Charleston mengakui pernah melihat empat dari lima adik-beradik itu mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama dua orang lelaki dan dua wanita dewasa. Namun, semua kenyataan itu tidak dapat membantu sebarang siasatan.

Beberapa tahun kemudian, George terpandang gambar budak perempuan seakan-akan Betty dalam sebuah akhbar New York. George segera memandu ke Manhattan untuk bertemu ibu bapa penjaga kanak-kanak tersebut namun mereka enggan menemuinya.

Bukan hanya Betty, George juga pernah menemui sepucuk surat dari St. Louis yang memberitahu Martha berada disebuah biara disana. Jennie pula dikatakan berada di Texas.

Namun, apabila memulakan jejak ke lokasi tersebut, George tetap pulang dengan tangan kosong.

Louis Sodder

Pada tahun 1968, Jennie menerima sekeping sampul surat dari seseorang yang tidak dikenali. Pada setemnya tertera perkataan Kentucky. Didalamnya terdapat sekeping gambar lelaki yang tertulis dibelakang gambar Louis Sodder -Saya sayangkan abang Frankie- Ilil boys- A90132/35.

Lelaki dalam gambar itu kelihatan seakan-akan Louis dengan rambut keriting, bermata perang, berbadan tegap dan hidung mancung. Namun pasangan Sodder tidak dapat mengecamnya kerana ketika kejadian Louis baru berusia sembilan tahun.

Selepas berpuluh tahun usaha mencari dilakukan, akhirnya pihak polis memutuskan untuk menutup kes setelah tiada sebarang penangkapan serta penemuan berjaya dilakukan.

Meskipun pasangan ini sudah tiada lagi meninggal dunia, namun usaha menjejaki terus diwarisi oleh anak-anak serta cucu-cucunya.

Sehingga kini, misteri kehilangan mereka terus menghantui penduduk tempatan.

BACA INI JUGA: Misteri Kampung Anjikuni, Mereka Hilang Tanpa Sebarang Jejak!

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. Ke manakah mereka menghilang sebenarnya dan apa yg sebenar2nya berlaku kan... wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penantian buat keluarga yang sangat menyakitkan..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon