Thursday, October 29, 2015

Menjana Dosa Multi Level Marketing Melalui WhatsApp!


Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat?

Dosa menyebar fitnah diwhatsapp

Semua media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Twitter, Instagram dan media sosial lain mempunyai kesan buruk dan baik.

Bagaimana kesan itu terkena kepada kita, bergantung kepada cara kita menggunakan media sosial tersebut.

Kita ambil satu contoh sahaja iaitu WhatsApp. Hampir semua orang menggunakan WhatsApp. Orang tua, muda, kecil, besar, di kampung, felda dan bandar semuanya ada menggunakan WhatsApp.

Di mana-mana sahaja kita melihat keasyikan manusia berWhatsApp. Nampak sungguh betapa terujanya kita dan penggunaan WhatsApp sekarang sehingga benar-benar merubah budaya hidup kita.

Kita meraikan perkembangan teknologi maklumat ini. Kita sama sekali tidak menentangnya. WhatsApp adalah 'tool" untuk kita berkomunikasi dengan saudara mara dan sahabat kita di alam maya.

Auta whatsapp [2]
Antara contoh dosa yang sering disebar.

Maka kita membina group WhatsApp. Melalui group ini kita berkomunikasi tanpa wajah. Hanya bicara pada skrin sebagai pengganti diri dan wajah. Melalui group kita sebarkan lagi maklumat kepda group yang lain pula.

Berhati-hatilah. Kita mungkin alpa dan terleka ketika berWhatsApp. Kita mungkin menghantar maklumat separuh benar atau tidak benar (palsu atau fitnah) kepada orang atau group lain.

Bayangkan dengan penambahan keahlian daripada 50 orang kepada 100 orang di dalam sesuatu kumpulan WhatsApp, berapa cepat dan banyaknya maklumat tersebar dan berkembang.

Di dalam zaman ledakan maklumat ini, fitnah dan pembohongan hidup begitu subur. Fitnah dan cerita palsu terlalu laju tersebar.

Auta whatsapp
Jangan 'share' dosa kepada orang lain.

Jika maklumat tadi tidak benar, palsu atau fitnah, apa pula hukumnya kita yang tolong sebarkan?

Bagaimana pula hukumnya orang yang mula-mula mencipta maklumat tidak benar ini?

Tentunya fitnah bakal tersebar serta berkembang dengan pantas sekali. Akhirnya kita bakal mendapat dosa berganda MLM (Multi Level Marketing) akibat tersebar dan terus berkembangnya fitnah maya.

"Malangnya, mereka yang sangat suka menyebar berita-berita dan informasi begini apabila ditegur, mudah pula merajuk dan terasa hati, seolah-olah tiada kesalahan dibuat.

Sama ada kerana fikiran yang masih keanak-anakan atau hati mereka telah kelam dan gelap dek dosa."

Berhati-hatilah dalam menggunakan WhatsApp ini. Jangan disalahgunakan untuk kerja merepek, merapu, mengarut, berlucah, chating kosong, menyebar atau foward maklumat palsu atau separuh benar kepada orang lain.

Jangan ditambah dosa kita yang sedia ada dengan dosa berganda melalui fitnah maya. Hindarkan diri daripada termasuk kategori orang "lagha" dengan berWhatsApp merepek dan merapu.

Auta whatsapp [3]
Penyebaran berita palsu.

Gunakan WhatsApp sebagi medan dakwah, percambahan ilmu, komunikasi yang boleh merapatkan ukhuwah dan silaturrahim serta perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita juga kepada ahli group dan orang lain.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu." -Sahih Muslim

Berebut-rebutlah untuk mencari pahala MLM melalui WhatsApp bukan berebut-rebut memenuhi Akaun Akhirat kita dengan dosa MLM kerana WhatsApp.

BACA INI JUGA: 3 Mobile App Popular Perosak Perkahwinan!

6 comments

  1. Setuju, sangat mudah menjana dosa dizaman serba moden ni. Allahurabbi

    ReplyDelete
  2. fitnah dan lagha itu permainan media sosial yang boleh digandakan kepada pengunannya.

    ReplyDelete
  3. tu pasallah cik akak tak join grup wsap nie..hihi..
    kalau nak mesej sangat...mesej je personal...

    ReplyDelete
  4. betul sangat SP, kak ana cukup berhati-hati dengan berita2 tanpa sumber masa kini, mudah-mudahan kita terpelihara dari bersubahat dengan dosa2 akhir zaman yang semakin menjadi2 ni.

    ReplyDelete
  5. abam x baper suka copy paste berita dari group lain..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah ..marilah kita mohon ampun bersama agar kita terhindar dari menabur fitnah . Takut psaya berwatsup ni SP..terlalu banyak penipuan dan kelekaan.terima kasih ni kio

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon