Wednesday, October 07, 2015

Gempar Anak Kerbau Pelik Berkepala Buaya Di Thailand!


Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket, Bangkok, gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya.

Weird crocodile and buffalo-like in Thailand

Lebih mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.

Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.

Don berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.

“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.

Menurutnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.

“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.

Anak kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik gambar haiwan berkenaan di Internet.

“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.

“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya. – Agensi

BACA INI JUGA: Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi

6 comments

  1. andai benar, semua itu bukti kebesaranNya yang boleh menjadikan apa sahaja dengan kehendakNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kejadian yang benar-benar berlaku..:)

      Delete
  2. segalanya kuasa Allah..Allah boleh cipta apapun jika nak tunjukkan kebesaranNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu etuza pula tiada nampak yang ganjil ka di zoo tempoh hari..hehe

      Delete
  3. Allah swt berkuasa untuk menjadikan apa sahaja..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon