Friday, September 18, 2015

Polis Edar Rakaman Video CCTV Saat Kevin Morais Diculik


Polis telah mengedarkan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Anthony Kevin Morais

Video berdurasi 1.07 saat itu menyaksikan kereta yang dipercayai dipandu mangsa terlibat dalam satu insiden kemalangan di Jalan Duta Mas, Kuala Lumpur sebelum dilaporkan hilang pada 4 September lalu.

Berikutan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut tampil di balai polis berdekatan.

“Kemalangan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Kevin.

“Polis memerlukan maklumat temuramah daripada pemandu dan penumpang kereta Toyota Estima berwarna putih yang berhenti melihat kejadian,” katanya, memetik laporan The Rakyat Post.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya kira-kira jam 7.51 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya memaklumkan bahawa pihak polis percaya mangsa diculik oleh sekumpulan lelaki susulan rakaman CCTV menunjukkan keretanya dihalang sebelum beliau ditarik keluar dan dibawa lari.

Rabu lalu, mayat mendiang akhirnya ditemui disumbat dalam sebuah tong dram berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini boleh menghubungi Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

BACA INI JUGA: 'Tidak Perlu Restu Najib Siasat Skandal 1MDB'



Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon