Thursday, August 13, 2015

Ekstrak Daun Betik, Ubat Penawar Denggi Kini Di Pasaran


Ubat yang diekstrak daripada daun betik untuk dijadikan penawar kepada penyakit demam denggi sudah pun berada di pasaran, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Daun betik ubat denggi

Beliau malah memberi jaminan, ubat dalam bentuk cecair dan kapsul itu sebenarnya boleh didapati di semua hospital dan farmasi yang diedarkan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

“Buat permulaan, pihak kementerian hanya dapat mengedarkannya dalam bentuk cecair. Bagi ubat jenis kapsul pula orang ramai boleh membelinya di mana-mana farmasi,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidifitri Homestay Pulau Pinang di Teluk Bahang dekat sini pada Sabtu.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah dan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Taufiq Rodhy.

Sebelum ini, masyarakat tempatan khasnya penduduk luar bandar sering menggunakan rebusan daun betik sebagai penawar tradisional untuk merawat penyakit maut bawaan nyamuk aedes itu.

Ini kerana belum ada lagi ubat secara khusus dicipta di dunia bagi merawat denggi sehingga menyebabkan ramai mangsa maut apabila mereka gagal diselamatkan pada peringkat kritikal.

BACA INI JUGA: Aplikasi Android Terbaik Menghalau Nyamuk Aedes

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon