Saturday, July 25, 2015

Tabiat Pelik Sukar Tidur Malam Tanpa Pengering Rambut


Tidak boleh tidur lena tanpa bantal peluk atau istilah lainnya 'bantal busuk' mungkin perkara biasa dalam kehidupan sebahagian daripada kita.

Lori Broady Strange Addiction

Namun, bagi wanita, Lori Broady, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk tidur jika tiada bantal peluk. Sebaliknya, dia hanya mahukan pengering rambut beradadi sisinya setiap saat untuk mendapat tidur yang lena.

Pengering rambut biasanya digunakan oleh kaum wanita untuk mengeringkan rambut yang basah. Tetapi bagi Broady yang berasal dari Amerika Syarikat, alat ini sudah menjadi teman tidurnya sejak dia berUmur lapan tahun lagi.

Menurut Broady, sejak kecil dia sebenarnya qemar bermain dengan alat elektrik tersebut dan ia telah menjadi sebahagian daripada hobinya.

Bermula daripada hobi, lama-kelamaan wanita ini menjadi terlalu obses terhadap alat pengering rambut. Alat elektrik itu bukan saja harus berada di sampingnya ketika hendak tidur, tapi pada masa yang sama perlu sentiasa dihidupkan dan dihalakan tepat ke arah Broady.

Tambah pelik, alat itu perlu dihidupkan sepanjang malam sehinggalah dia terbangun daripada tidur pada keesokan hari.

Ekoran hobi peliknya itu, suami dan keluarga Broady sentiasa berwaspada kerana bimbang berlaku litar pintas ketika mereka sedang tidur.

Ini berikutan alat pengering rambut biasanya memerlukan kuasa elektrik yang agak tinggi, 1,200 hingga 1,875 Watt. Justeru, memasang alat dektrik dalam jangka masa lama boleh menyebabkan panas melampau lalu terbakar.

Tapi kenapa Broady berkelakuan aneh seperti itu? Persoalan inilah yang menjadi tanda-tanya di kalangan ahli keluarga Broady.

Tabiat aneh wanita ini kemudian menarik perhatian sebuah program televisyen di Amerika Syarikat. Mereka berminat untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai kehidupan aneh Broady.

Rancangan tersebut akhirnya telah disiarkan di televisyen Amerika Syarikat pada tahun 2010 ketika cuti perayaan Krismas. Berdasarkan rancangan dokudrama berjudul, Entertainment Weekly "Hair Dryer Addiction".

Broady menceritakan kembali bagaimana tingkah laku anehnya itu bermula. Ketika zaman kanak-kanak, Broady mempunyai 10 orang adik-beradik.

Mereka merupakan keluarga yang sangat bahagia dan sentiasa berkumpul bersama. Selepas berkahwin, dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya dan keadaan itu menyebabkan Broady menjadi sangat sunyi terutamanya pada waktu malam.

Untuk mengatasi perasaan tersebut, cara terbaik yang dipilih oleh Broady ialah dengan menghidupkan alat pengering rambut. Teknik itu sedikit sebanyak mampu menqhilangkan rasa rindu pada keluarganya.

Walaupun telah berkali-kali dinasihati oleh suami tentang kelakuan peliknya, dia tidak pernah malu dengan hobinya itu malah nekad akan terus melakukannya sehingga dia benar-benar mampu menghilangkan rasa rindunya kepada keluarga.

Menurut Broady, bunyi bising daripada alat pengering rambut itu seolah-olah satu alunan muzik yang merdu. Dia merasa selesa dan selamat apabila mendengar bunyi hembusan angin alat elektrik itu.

Broady mengakui pernah melecur di bahagian lengan dan kedua-dua dadanya akibat alat pengering rambut yang terlampau panas. Ekoran daripada itu, tabiat peliknya telah mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai.

Lori Broady Strange Addiction [2]

Kebanyakan daripada mereka berasa aneh melihat gelagat wanita tersebut. Ada sesetengah daripada mereka pula meluahkan rasa terkejut dan mengandaikan perbuatan itu sebagai tidak waras. Ini kerana, belum pernah ada individu di dunia ini yang menjadikan alat pengering rambut sebagai teman semasa tidur.

Kes-kes seperti ini dikategorikan sebagai psychological soother.

Kebiasaannya pesakit akan menganggap barang-barang yang menjadi ketagihan mereka sebagai penyelamat.

Bagi kes ini, penggunaan alat pengering rambut telah bertindak sebagai satu cara untuk melegakan ketegangan dan memberi ketenangan kepada Broady.

Sindrom ketagih ini bukanlah sesuatu yang anomali. Peliknya di sini kerana pesakit terlalu obses dengan pengering rambut.

Dalam kes sebegini, amat sukar untuk mengubah atau membetulkan persepsi pesakit.

Cuma sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja kaedah terbaik untuk memulihkan pesakit.

BACA INI JUGA: Misteri Gadis Cantik Tidur 22 Jam Sehari!

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. bunyi pengering rambut tu sgt mengasyikkan kott..haha

    ReplyDelete
  2. Wah bahaya ni..sepanjang waktu tidur dia kna pasang,.harap2 dia dapat tinggal kn tabiat ini kan SP :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon