Jul 13, 2015

Agenda Keji WSJ Dan Fitnah Yang Tersusun

Wall Street Journal telah beberapa kali telah dibuktikan sebagai penyebar fitnah yang mengakibatkan banyak kerosakan di dunia.

WSJ

Kebiasaannya, apa-apa isu fitnah yang dikeluarkan oleh WSJ adalah cukup tersusun demi memastikan penipuan dan rekaan cerita mereka diterima bulat-bulat oleh mereka yang berkepentingan.

Penipuan tersebut dilakukan melalui perancangan yang rapi.

Bom Kimia Iraq

Iraq adalah sebuah negara yang amat berbahaya kerana mempunyai teknologi 'Bom Kimia' yang dilarang penggunaannya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Itu adalah tuduhan dan propaganda terancang yang dijana oleh Yahudi satu ketika dahulu sebelum Amerika Syarikat menawan negara teluk ini.

Dengan menggunakan isu sebegini, kerajaan Iraq ditekan dan disekat ekonomi mereka sebagai salah satu cara membenarkan negara yang merdeka ini dimasuki dan dilondehkan strategik pertahanan mereka.

Setiap hari media Yahudi menanam propaganda kononnya kerajaan Saddam Hussein amat berbahaya kepada keselamatan negara-negara serantau dan seluruh dunia. Secara tidak langsung masyarakat dunia mengecam dan menghalalkan pelan serangan terhadap Iraq.

Namun selepas penaklukan tentera AS. Tiada sebarang penemuan senjata berbahaya yang ditemui seperti yang digembar-gemburkan selama ini kononnya hasil daripada risikan mereka.

Inilah kekuatan media Yahudi yang sering dijadikan senjata utama untuk menjatuhkan sesebuah negara Islam yang berpengaruh.

Mendiang Lee Kuan Yew

Sementara itu, pada tahun 1985, 1989 dan tahun 2008, bekas Presiden Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dilaporkan pernah mengambil tindakan undang-undang ke atas agensi berita itu selepas didapati menyebarkan laporan palsu.

Pada tahun 1985, WSJ didapati bersalah kerana menghina mahkamah dan badan kehakiman Singapura, menyebabkan mereka terpaksa membayar sejumlah pampasan.

Pada tahun 1989, portal itu sekali lagi terlibat dengan saman fitnah yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap mahkamah dan institusi kehakiman, menyebabkan mereka terpaksa membayar pampasan kepada beliau.

Pada September tahun 2008, WSJ sekali lagi tewas dalam saman yang dikenakan ke atasnya, menyebabkan portal tersebut terpaksa membayar S$25,000 (RM70,175.80) kepada Kuan Yew.

Kisah Johnson Cullen

Penulis ingin mengimbas kisah Johnson Cullen. Pihak FBI telah membawa beliau dari Caribbean untuk diserah kepada Kanada. Cullen bersama isterinya telah melarikan diri dari polis Amerika Syarikat dan Kanada.

Beliau mendakwa boleh ‘hack’ akaun bank sedangkan hakikat sebenarnya Cullen telah memalsukan akaun tersebut dan menjualnya.

Setelah pihak berkuasa AS menangkap dan merampas komputer beliau, segala Surat-Menyurat antara beliau dan Clare Rewcastle-Brown telah dibocorkan di laman web.

Namun begitu Clare cuba menafikan dengan menyalahkan “tangan ghaib” di Malaysia pula. Secara tidak langsung, beliau seolah-olah mengambarkan bahawa dokumen tersebut adalah asli.

Surat-menyurat antara Cullen Johnson dan Rewcastle Brown menunjukkan bahawa mereka cuba untuk mendapatkan beliau Shahnaz Abdul Majid untuk mengupah mereka.

Shahnaz Abdul Majid telah berbohong kepada Mahkamah Syariah dalam kes perceraian dengan mendakwa bahawa beliau tahu dokumen-dokumen tersebut adalah benar sedangkan beliau telah berpisah dengan suami lebih daripada sepuluh tahun.

Peguam beliau telah memujuk beliau untuk menggunakan khidmat Johnson Cullen. Sebaik sahaja bahan palsu Johnson Cullen disebutkan di Mahkamah, maka Clare Rewcastle pun muncul dan menyokong bukti palsu tersebut. Setelah itu, Clare Rewcastle dan Bruno Manser Fund menyebarkannya ke seluruh dunia.

Hebat sungguh penipuan tiga serangkai ini. Dengan membuat bukti palsu untuk satu kes mahkamah dan menyebarkannya di laman web membuatkan kita mempersoalkan integriti, niat dan kekangan kepada fakta-fakta yang ditunjukkan oleh orang-orang yang yang cuba menganiaya keluarga Taib Mahmud sebagai berniat jahat.

Ia merupakan satu penipuan yang hebat dari Sarawak Report. Dalam keadaan mereka tidak mempunyai sebarang bukti-bukti kekayaan luar pesisir, mereka dengan beraninya mengambil alih mahkamah di Malaysia, dengan mengesahkan bukti palsu tersebut.

Gabenor Wisconsin, Scott Walker

WSJ sebelum ini pernah dikritik hebat oleh Gabenor Wisconsin, Scott Walker yang menyifatkan portal berkenaan terlalu lantang mengkritik realiti undang-undang imigresen negara itu.

Dalam satu temu bual yang disiarkan oleh sebuah portal antarabangsa pada April lalu, Walker dipetik sebagai berkata, pandangannya terhadap undang-undang imigresen dan kewarganegaraan AS amat mudah dan media seperti WSJ ‘tidak tahu apa-apa ‘ dalam undang-undang imigresen.

“WSJ mempunyai tanggapan yang sangat salah terhadap saya dan undang-undang imigresen. Kedudukan saya di sini adalah mudah, negara perlu mempunyai sempadan yang selamat dari dilintasi oleh sesiapa secara haram,” tegasnya.

Beliau malah mengulangi pendiriannya terhadap pendatang haram yang ditangkap di negara tersebut.

1MDB

Pada 3 Julai lepas, WSJ menyiarkan laporan yang mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

1MDB juga menegaskan bahawa ia tidak pernah menyalurkan dana kepada perdana menteri.

Ternyata dakwaan itu memberi kejutan kepada seluruh rakyat selain menjadikan Malaysia kembali tumpuan dunia seusai tragedi MH370 danMH17 mulai kurang mendapat liputan media.

Tampil bertindak, pihak berkuasa mengambil langkah tepat dengan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang dikemukakan.

Daripada menutup akaun bank individu yang didakwa terlibat dalam penyelewengan tersebut, hinggalah kepada serbuan pejabat 1MDB dilakukan oleh pihak berkuasa.

Pihak Polis Thai telah dapat pengesahan dari 'Director of International Cooperation' Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Brown di hotel Fullerton, Singapura.

Polis Thai akui bahawa mereka semua terlibat dalam jenayah mencuri, memalsu dan mengubah suaikan dokumen PetroSaudi.

Kesimpulan

Hari ini media-media Yahudi tersebut sudah bertapak di Malaysia dan berupaya membina legasi mereka sendiri di sini.

Malaysiakini, Malaysian Insider & The Edge merupakan rangkaian media Yahudi yang mendapat sokongan daripada WallStreet Journal, AFP, CNN dan BCC.

Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk meragui segala maklumat yang disiarkan oleh Wall Street Journal ini memandangkan sudah terlalu banyak penipuan dan pembohongan yang telah dicipta oleh mereka.

BACA INI JUGA: 10 Penipuan Terbesar Yahudi

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon