Wednesday, May 20, 2015

Terima Pembayaran Dari Mobicow


Ini merupakan pembayaran kali ke enam daripada Mobicow beberapa hari yang lalu. Walaupun tidaklah sebanyak mana, tapi rasanya platform pengiklanan ini adalah yang paling mudah untuk disertai oleh blogger yang tercari-cari peluang paling mudah menjana pendapatan melalui blog.

Mobicow-payment

Apa itu Mobicow?

Mobicow adalah platform pengiklanan yang konsepnya lebih kurang sama sahaja dengan laman pengiklanan seperti Google adsense, Nuffnang, H12, Innity, Komli dan sebagainya.

Cuma, platform Mobicow hanya memfokuskan kepada pengguna smartphone dan tablet sahaja. Maksudnya, iklan hanya akan dipaparkan kepada pengguna smartphone dan tablet.

Manakala pengguna laptop, netbook dan komputer meja tidak akan melihat sebarang iklan diblog yang menggunakan platform Mobicow ini.

Mobicow mengandungi 3 jenis iklan yang mempunyai fungsi yang berbeza iaitu Interstitial, Popunder dan Popup.

Bayaran Mobicow kepada publisher pula adalah melalui Akaun Paypal anda sendiri yang didaftarkan. Kebiasaannya Publisher Mobicow akan menerima bayaran pada 15th atau 17th setiap bulan dan bayaran dilakukan melalui matangwang USD.

Cara menjadi Publisher Mobicow

Caranya sangat mudah dan tidak cerewet. Tidak terdapat ketetapan yang dinyatakan oleh pihak Mobicow tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi menjadi Publisher mereka.

Anda hanya perlu mendaftar di laman web Mobicow, masukkan URL blog yang anda ingin daftarkan. Setelah itu pilih jenis iklan yang anda mahu run pada blog anda kemudian klik generate code.

Kod iklan yang telah anda generate perlu di letakkan diatas </ head> website atau blog anda.

Mobicow akan review permohonan anda dalam tempoh 24 jam samada permohonan anda diluluskan atau tidak.

Cara Pembayaran Mobicow

Kita tidak perlu cashout earning kerana pihak Mobicow menggunakan sistem autopay. Anda hanya perlu berikan email paypal anda.

Apa yang boleh dikatakan, Mobicow 100% boleh dipercayai dan bukannya scam macam sesetangah platform pengiklanan.

Dan yang lebih penting, betapa mudahnya Mobicow kerana hampir sebulan anda tidak akan perasan langsung malah mungkin anda terlupa seketika kewujudan mereka, sehinggalah tiba-tiba anda menerima bayaran melalui Paypal..:)



BACA INI JUGA: 5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji

-SENTIASAPANAS.COM

15 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon