Apr 8, 2015

Penapis Air Murah Dan Berkualiti Di Malaysia

Pada masa sekarang, penapis air bukan lagi barangan mahal yang hanya dimiliki oleh orang-orang berduit tetapi sudah merupakan barangan keperluan yang wajib dimiliki oleh setiap isi rumah.

Girls_Drinking_Water
Gambar hiasan.

Penggunaan alat penapis air di rumah menjadi begitu popular lantaran masyarakat kini semakin sedar tentang kesihatan mereka dan prihatin terhadap kualiti bekalan air awam.

Kenapa perlu guna alat penapis air di rumah?

Majoriti pengguna menggunakan alat penapis air bertujuan untuk menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bendasing yang ada di dalam bekalan air awam. Kesimpulannya penggunaan alat penapis air di rumah adalah untuk manfaat kesihatan dan meningkatkan kualiti air tersebut

Kebaikan penggunaan alat penapis air di rumah pada kesihatan

Di Malaysia, 76% penduduk menerima bekalan air awam berfluorida. Fluorida yang terdapat di dalam air minuman merupakan satu kaedah yang paling berkesan, selamat dan kos efektif di dalam mencegah penyakit karies gigi (gigi rosak) di kalangan masyarakat.

Banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa alat penapis air yang menggunakan sistem osmosis berbalik (reverse osmosis) atau sistem penyulingan akan memberi kesan dalam menurunkan atau menyingkirkan semua kandungan fluorida dan mineral-mineral lain di dalam air minuman3-6. Namun begitu, kebanyakan sistem penapis air dengan sistem karbon teraktif tidak memberi kesan ke atas kandungan fluorida di dalam bekalan air.

Oleh itu, sekiranya kandungan fluorida di dalam bekalan air tidak mencapai paras optimum yang diperlukan, disebabkan oleh penggunaan sistem air penapis di rumah, ia tidak akan berupaya untuk mencegah kejadian karies (gigi rosak).

Sekiranya ini berlaku, kita hendaklah mendapat nasihat dari doktor gigi sama ada kita memerlukan terapi fluorida tambahan atau kaedah lain dalam mencegah kerosakan gigi.

Kenapa kita perlu menggunakan penapis air?

Kita sebenarnya berdepan dengan masalah yang serius tanpa kita sedari. Air Paip Kita Sebenarnya Tercemar dengan 'teruk' sekali!

Antara bahan-bahan pencemar dalam air paip adalah:
  • Kotoran seperti pasir, lumpur, lumut dan lendir.
  • Logam berat seperti plumbum, nikel, aluminium, tembaga, merkuri, cadmium, dan arsenik yang menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang.
  • Mikroorganisma seperti berbahaya bakteria dan kulat yang boleh menyebabkan cirri-birit dan penyakit lain.
  • Kandungan klorin yang terlalu tinggi menjadi toksik pada sel-sel tubuh badan.
  • Bahan nitrat seperti baja pertanian menyebabkan bau busuk pada air.

Apakah pula kelebihan menggunakan penapis air?
  • Penapis air membuatkan bau dan rasa air yang lebih baik dengan menyingkirkan bahan cemar klorin dan bakteria.
  • Penapis air menyingkirkan logam dari air minuman, sekaligus menghalang bahan berbahaya ini daripada memasuki badan.
  • Untuk jangka masa panjang, pembelian penapis air menghasilkan air yang bersih dan sihat pada setiap hari. Ini dapat menjimatkan kos berbanding membeli air minuman dalam botol pada setiap hari.
  • Penapis air dapat mengurangkan risiko kanser rektum, kanser kolon dan kanser pundi kencing dengan menyingkirkan klorin daripada air minuman.
  • Satu blok penapis karbon dapat menyingkirkan bahan cemar berbahaya dari air minuman di samping mengekalkan mineral yang sihat serta mengimbangi pH air minuman.
  • Minum air bersih yang ditapis dapat melindungi tubuh daripada penyakit di samping menyihatkan tubuh badan.
  • Penapis air yang dipasang pada paip air menghasilkan air yang bersih dan sihat untuk memasak serta minum. Ianya mudah digunakan iaitu hanya dengan membuka paip air sahaja.
  • Penapis air mengurangkan risiko penyakit usus lebih daripada 33 peratus dengan menyingkirkan cryptosporidium dan giardia dari air minuman.
  • Minum air yang ditapis adalah sangat penting untuk membangunkan sistem imun kanak-kanak.
  • Penapis air mempertahankan badan dari lebih 2,100 toksin yang mungkin terdapat dalam air minuman.

Dapatkan Penapis Air Berkualiti

Dr. Jabbar

Atas kepentingan kesihatan anda, saya ingin memperkenalkan kepada anda penapis air yang murah dan berkualiti yang mampu menapis segala bahan pencemar air yang berbahaya pada kesihatan anda.

Penapis air yang murah dan berkualiti produk Dr. Jabbar ini adalah penapis air yang telah terbukti berkesan dan dipercayai ramai pelanggan setia.

Sistem air Dr. Jabbar mengambil contoh prinsip mata air mineral dan air bukit semulajadi. Ia menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi dan karbon diaktifkan berkualiti tinggi dan seramik biotenaga.

Molekul air diubahsuai untuk memudahkannya diserap oleh badan sekaligus membuang toksin, kekotoran dari badan kita dan memperbaiki peredaran darah.

Sistem air Dr. Jabbar berfungsi dengan sistem 7 penapisan yang bermutu tinggi menggunakan teknologi Jepun dan Korea berupaya menyahtoksin, kekotoran dan pelbagai bahan cemar kimia sekaligus menjana "AIR HIDUP".

Faedah yang dapat kita perolehi dari penapis air yang berkualiti seperti Dr. Jabbar bukan sahaja memberi kita air yang bersih, segar dengan menyahkan bahan cemar kimia yang tidak kelihatan dengan mata kasar, malah ia juga menghasilkan air yang mempunyai AURA dengan tenaga "bio-electromagnetic field" yang tinggi untuk kesihatan yang optima.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila lawati website ALJABBARHEALTHCARE.

PROMOSI TERHEBAT TANPA GST!

Dr. Jabbar [2]

Dr. Jabbar [3]

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Menarik.. penapis air yg berkualiti sgt baik utk kesihatan & lebih tahan lama.

Selalu beli air dr sukida je..lepas ne kena beli satu mcm produk aljabbar dan tak perlu beli lagi

pernah dengar produk ini. boleh mencuba nanti

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon