Apr 4, 2015

GST, Syarikat TELCO Besar Kepala!

GST, masyarakat beria-iya mahukan resit. Dulu main bayar sahaja berapa jumlah yang diminta peniaga. Sekarang semuanya mahukan resit.

TELCO Malaysia Penipu

Satu tindakan yang bijak selaku pembeli. Diharap perkara ini berterusan agar menjadi ingatan buat peniaga/pemborong/pengilang akan betapa besarnya kuasa pembeli.

Sejak perlaksanaan GST, banyak aduan diterima:

Kastam Hari 1 = 800 Hari 2 = 202

KPDNKK Hari 1 = 1,109 Hari 2 = 720

Premis perniagaan yang diperiksa Kastam adalah sebanyak 7,630 buah. Manakala premis yang gagal menepati kriteria GST pula adalah sebanyak 51 buah.

Perlu diingat, bilangan syarikat yang mendaftar GST adalah sebanyak 364,862. Apa yang menghairankan, mengenai syarikat telekomunikasi.

Bagi kita, talian komunikasi merupakan sesuatu keperluan. Ibu bapa hendak hubungi anak-anak dan begitu juga sebaliknya. Bukankah institusi keluarga perlu dipelihara?

Soalnya, kenapa bila hari perlaksanaan GST, suasana menjadi kelam-kabut? Ia melibatkan syarikat-syarikat telco.

Kastam kata tidak perlu dikenakan GST 6%, tetapi syarikat telco tetap cas 6% kepada pengguna!

Sekarang, selepas berjumpa kedua-dua belah pihak, Kastam kata kad tambah nilai ini perlu dikenakan GST.

Dalam masa sama syarikat telco akan memberi bonus masa perbualan dan SMS berjumlah RM1.00.

Sedang keputusan sudah dibuat, kenapa perlu ada lagi perjumpaan dan tunduk kepada syarikat telco?

Adakah kuasa syarikat telco melebihi Kastam? Atau syarikat telco masih tidak faham kepada kuasa pembeli?

Perlu diingat, ramai dikalangan kita yang menggunakan kad tambah nilai ini adalah dikalangan anak-anak mahupun pelajar. Kastam dan kerajaan sudah pasti mengambil maklum mengenai perkara ini.

Apa syarikat telco masih rakus kepada pengguna kecil ini? Kenapa Mydin boleh serap 6% GST untuk pengguna, Jakel juga membuat tindakan sama.

Setelah bertahun-tahun bertapak, dimana nilai kebajikan didalam syarikat telco yang besar-besar ini?

BACA INI JUGA: Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

Sumber: Suaralensa.blogspot.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Cik akak pun juga telco nie juga..hihi..
Takpe cik akak bagi depa sedekah je lah..haha..
Amboi komen cik akak nie memang org pasti naik sentap.
GST punya pasal..kiki...

Telco ni agak licik.. sblum ni tak pasal2 saya kena unsubscribe benda yg saya tak pernah subscribe.. ada yg kena tolak smpi rm4 sekali sms.. merapu...

Memang dah standard benda ni. Bila kita unsubscribe datang pula mesej kata kita tak pernah subscribe..haha

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon