Mar 9, 2015

Video Awek Cun Selamatkan Mangsa Kemalangan Parah

Seorang wanita yang bertindak pantas menyelamatkan seorang penunggang motosikal terbabit kemalangan daripada maut di jalanraya, mencetuskan sensasi internet di Thailand.

Praewa Mitrakul

Kejadian petang Isnin minggu lepas yang berlaku di Jalan Rama 9, Bangkok itu dirakam salah seorang saksi sebelum ia dimuat naik ke laman sosial dan menjadi viral.

Rata-rata netizen kagum dengan semangat wanita cantik tersebut hingga ada yang menggelarnya ‘angel’ kerana sanggup bersusah demi menyelamatkan nyawa manusia lain yang tak dikenali.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa menghentam belakang trak, membuatkan lehernya cedera parah terhiris kaca kenderaan.

Saksi kejadian berkata, darah membuak-buak keluar dari lehernya dan jika wanita itu tidak segera membantu kemungkinan besar, mangsa kemalangan terbabit sudah maut akibat kehilangan darah.

Amaran: video di bawah mempunyai imej yang mungkin agak mengerikan bagi sesetengah penonton.



Dalam usaha membantu menghentikan pendarahan, wanita itu dikatakan tidak peduli lututnya yang cedera terkena kaca yang berserakan di atas jalan raya.

Setelah dirisik, netizen akhirnya mengenalpasti ‘angel’ itu adalah Praewa Mitrakul, pensyarah perubatan di Universiti Mahidol, Bangkok.

Patutlah wanita itu kelihatan cekap mengendalikan keadaan.

Harus diingat membantu mangsa kemalangan sememangnya perbuatan mulia namun pada masa sama, seseorang itu perlukan kepakaran untuk melakukannya kerana jika tidak, dibimbangi ia boleh menambahkan lagi kecederaan dalaman dialami mangsa.

BACA INI JUGA: 6 Wanita Cantik Yang Menjadi Fenomena Tahun 2014

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Beliau menggunakan kepakaran yg ada sebaiknya tanpa mengira tempat dan keadaan beliau...syabas!

Baguslah mcm tu.. muka cantik hati pun cantik.. contoh yg baik buat semua...

semoga tindakannya itu memberi insprasi kepada insan lain pulak

menggunakan ilmu yang ada di tempat yang betul.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon