Sunday, March 08, 2015

Tsar Bomba, Letupan Nuklear Paling Kuat!


Tahukah anda letupan ujian nuklear paling kuat yang pernah dijalankan dalam sejarah ketenteraan tamadun manusia moden?

Tsar-Bomba-Cloud

Tatkala dunia dikuasai oleh pemerintahan bipolar (Soviet vs Amerika), berlakunya kerancakan dalam pelbagai bidang seperti space race, arms race, tidak terkecuali perlumbaan mencipta senjata nuklear.

Bermula dengan Trinity test oleh Amerika pada Julai 1945, maka muncullah pelbagai ujian yang dilakukan oleh beberapa negara seperti Soviet, United Kingdom, China, Perancis, India, Pakistan dan Korea Utara.

Tsar Bomba merupakan nama bagi bom nuklear yang menghasilkan letupan terkuat sehingga ke hari ini.

Senjata nuklear pertama diletupkan sebagai ujian ialah di tapak Trinity pada 16 Julai 1945 oleh Amerika Syarikat, dengan hasil lebih kurang sama dengan 20 mega tan.

Bom hidrogen pertama, diberi nama kod Mike, diuji di atol Enewetak di Kepulauan Marshall pada 1 November 1952 (waktu tempatan), juga oleh Amerika Syarikat.

Ujian nuklear yang paling kuat sekali ialah Tsar Bomba, yang dijalankan oleh Kesatuan Soviet di Novaya Zemlya pada 30 Oktober 1961 dan masih kekal menjadi ujian nuklear paling kuat setakat ini.

Tsar_Bomba

Dengan kekuatan sebanyak 50 mega tan, ianya bersamaan 1,400 kali ganda kekuatan 2 bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Kekuatan asal bagi bom ini adalah 100 mega tan, tetapi telah dikurangkan bagi mengurangkan nuclear fallout dan untuk mengelakkan pesawat yang menggugurkan bom ini turut terkena kesan secara langsung.

Bom seberat 27 tan dan sepanjang 8 meter ini digugurkan melalui payung terjun dari ketinggian 10.5 kilometer dan meletup pada ketinggian 4 kilometer.

Bola api (fireball) yang terhasil teramatlah besar, berdiameter 8 kilometer dan boleh dilihat sejauh hampir 1000 kilometer.

Mushroom cloud yang terbentuk selepas itu mencecah ketinggian 64 kilometer dengan ujian yang dilakukan dikawasan terpencil di Novaya Zemlya.

3rd degree burns

Kesannya, 3rd degree burns akan terhasil walaupun kita berada pada jarak 100 kilometer dari kawasan ujian.

Tingkap kaca pecah turut dilaporkan sejauh finland dan Norway.

Bulatan kecil dalam gambar adalah saiz letupan di Hiroshima dan Nagasaki. Lihat saiznya dan bandingkan dengan letupan Tsar Bomba.

BACA INI JUGA: Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. Takut bila tahu ttg kisah2 mcm ni.. perang senjata dah semakin berleluasa.. apa akan jadi pada dunia bila senjata2 pemusnah mcm ni jatuh ke tangan org yg tak sepatutnya.. huh...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon