Friday, March 20, 2015

Asal-usul Bandar Tun Razak Yang Ramai Tak Tahu


Bagi penduduk Kuala Lumpur tentu anda semua kenal dengan Bandar Tun Razak. Tapi kalau ditanya mereka yang tinggal dikawasan ini, rasanya tidak seorang pun tahu apakah asal usul tempat tinggal mereka.

Asal-usul Bandar Tun Razak Yang Ramai Tak Tahu

Buat generasi yang baru lahir dikawasan ini, tahukah anda, Bandar Tun Razak berasal daripada sebuah perkampungan yang diberi nama Kampung Konggo.

Perkampungan ini dibuka lewat tahun 1970an.

Nama ini diberikan kerana kampung ini dibuka dan diteroka oleh perajurit Askar Melayu yang bersara selepas berkhidmat dalam misi Bangsa-bangsa Bersatu (UN) di negara Democratic Republic of Congo, Afrika pada tahun 1960an.

Selepas perajurit ini pulang ke Malaysia dan bersara, mereka meneroka kawasan ini dan membuka kampung Konggo.

Pada 1 Februari 1984, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir menamakan semula kampung Konggo sebagai Bandar Tun Razak selepas kawasan ini membangun dengan pesat.

Terdapat tiga bandar di Malaysia yang berkongsi nama Bandar Tun Razak:
  1. Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur - sebuah kawasan perumahan utama di Kuala Lumpur.
  2. Bandar Tun Abdul Razak, Keratong - sebuah bandar utama yang diwujudkan di FELDA Gugusan Keratong di tenggara Pahang. Nama asalnya ialah Bandar 22.
  3. Bandar Tun Razak, Jengka - sebuah bandar utama yang diwujudkan di FELDA Gugusan Jengka di kawasan tengah Pahang, sebelum ini dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka atau Bandar Jengka.

Sejarah mukim Cheras

Asal-usul Bandar Tun Razak Yang Ramai Tak Tahu
Masjid Saidina Othman di Bandar Tun Razak (26 Mei 1988).

Menurut sejarah, mukim Cheras dipercayai dibuka pada sekitar penghujung tahun 1876 dan terdapat beberapa versi berkenaan asal usul nama Cheras antaranya, pada suatu ketika terdapat sekumpulan buruh yang membina jambatan Sungai Langat di Kampung Balakong.

Ketika bekerja, mereka menjumpai sebatang kayu besar yang sukar dipotong kerana terdapat teras pada bahagian dalam kayu itu.

Ekoran daripada peristiwa itu, tempat kayu yang dijumpai itu kemudian dikenali sebagai ‘teras’ dan akhirnya sebutannya ditukar menjadi Cheras.

Ada juga yang mengaitkan nama Cheras dengan sebatang pokok teras yang besar dan terendam di dalam sungai.

Disebabkan pokok teras ini adalah sejenis pokok yang kukuh dan kuat maka penduduk setempat sepakat menamakan kawasan itu sebagai Kampung Cheras dan sebatang sungai pula dinamakan Sungai Cheras.

Pendapat ketiga pula berkait dengan pedagang Cina yang sering menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan.

Dalam bahasa Cina, pergi dan balik disebut sebagai ‘chow lai’ dan lama- kelamaan sebutan itu sudah terbiasa dengan sebutan Cheras.

Selepas 1 Febuari 1974, sebahagian daripada mukim Cheras yang berada dalam lingkungan Kuala Lumpur dipindahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan bagi membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur 1974.

Semenjak itu, Cheras dipecahkan menjadi dua bahagian yang berjiran di dalam Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Di Selangor, mukim Cheras terletak dalam daerah Hulu Langat dan berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Sementara jirannya merangkumi mukim Kajang, mukim Hulu Semenyih dan mukim Hulu Langat.

Pusat tumpuan perniagaan untuk mukim Cheras, terletak di Pekan Batu 9 Cheras dan dalam sekitar 1982, Kampung Konggo secara rasminya dikenali sebagai Bandar Tun Razak.

Bandar ini sempena nama Perdana Menteri Malaysia Kedua Tun Abdul Razak yang juga mengilhamkan projek pembangunan bandar berkenaan pada tahun 1974.

Menerusi kewujudan bandar ini, penduduknya dinaik taraf sebagai penduduk bandar raya pertama yang menetap dalam sebuah bandar komprehensif dan lengkap dengan kemudahan asas serta rekreasi di Wilayah Persekutuan.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

6 comments

  1. Oh...macam tu sejarahnya...baru tahu sekarang. Terima kasih SP kongsikan fakta sejarah yang menarik ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai yang tak tahu agaknya terutama generasi muda..

      Delete
  2. Boleh ceritakan tentang sejarah kg.konggo?atau di mana saya boleh mendptkan maklumat ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya cuba carikan maklumat lebih terperinci ye..:)

      Delete
  3. maklumat die macam sikit sgt je.....tambahlah sikit

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon