Monday, January 05, 2015

Gaji Dan Bonus Kakitangan Awam Dibayar 15 Januari 2015!


Selepas huru-hara seketika apabila tiada pembayaran bonus pada 5 Januari 2015 seperti yang diwar-warkan. Akhirnya Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mengumumkan pembayaran bonus dan gaji kakitangan awam akan dibayar pada 15 Januari 2015.

Bonus15-Januari2015

Menurut laporan berita berita harian hari ini, Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015.

"Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber: Bharian.com

Jadi, terjawablah sudah teka-teki yang membelenggu fikiran lebih sejuta kakitangan awam mengenai tarikh sebenar pembayaran bonus kan.

Kan senang dibuat pengumuman begitu. Takdelah sampai ada yang mengamuk dilaman sosial.

Cuma, harap-harap bukannya troll sekali lagi macam hari ni.. :)

-SENTIASAPANAS.COM

9 comments

  1. Moga semuanya dipermudahkan....
    Jangan tunda sudah..huhu

    ReplyDelete
  2. Ayat cliche...kerajaan memahami.....meringankan beban...kalau PA..ayat paling best...kerajaan tengah kaji...

    ReplyDelete
  3. Jika benar utk membantu anak2 sekolah dan mangsa banjir... kenapa diberi selepas sekolah dibuka?

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkanlah semuanya...

    ReplyDelete
  5. risau juga pada 5hb tu ada tanpa nama komen frust di blog Etuza..ini pun kira pengalaman Etuza menyalur infor,. Huuu! takut sebab dah tak betul..pun ada banyak blog lain yang terdahulu bagi info tu.so reda perasaan takut ramai marah meluat blog kita bah. Fakta info kita sekunder dan tertier sudah bah kan yang first info kita faham dari mana ..bukan dari langit jatuh,,info ...)

    ReplyDelete
  6. Ada banyak Entry macam panas ja..ok nanti etuza datang membaca..nak of line ya SP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah tenang semua insan-insan yang panas hati selepas pengumuman terbaru ni..;)

      Delete
  7. Mana ada masuk sekali dengan gaji. 15hb bonus je. Gaji tetap 22hb

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon