Monday, January 19, 2015

Epal Jenis Gala Dan Granny Smith Dari AS Tercemar!


Kementerian Kesihatan mengingatkan semua pihak supaya mematuhi ketetapan pihak berkuasa negara ini berhubung epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia yang dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.

Epal Jenis Gala Dan Granny Smith

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa yang bertindak memanggil balik produk tersebut daripada pasaran atau berhadapan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan satu kesalahan dan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan media.

Noor Hisham berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara itu diminta menghubungi Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Media pada Sabtu melaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jenis-jenis Epal
Jenis-jenis Epal

Beliau dipetik berkata, sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

“Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada,” kata Ismail Sabri.

Sumber: Mynewshub.cc

6 comments

  1. Kena berhati-hati sekarang takut terbeli epal nie nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak merisaukan nak beli epal sekarang ni. Sebaiknya jauhi la buat masa sekarang..

      Delete
  2. Informasi bagus, kini ada Tray yang cocok untuk segala jenis makanan. Cocok untuk aneka makanan yang mengandung minyak ataupun berkuah panas. Dijamin Anti bocor.

    ReplyDelete
  3. Tak boleh suka-suka makan epal sekarang ni

    ReplyDelete
  4. Jadi epal mana yang selamat sekarang ini>?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon