Saturday, December 27, 2014

Pelajaran Tingkatan 6 Dibenarkan Berpakaian Biasa Sesi Persekolahan 2015


Selama ini pelajar tingkatan 6 bawah dan atas hanya boleh memakai seragam atau uniform ke sekolah, namun kini pelajar tingkatan 6 dibolehkan memakai baju biasa iaitu baju jenis kasual atau tradisional bermula Januari tahun 2015.

Pelajar Tingkatan 6 2015
Gambar hiasan.

Ini kerana penjenamaan semula pengajian tingkatan 6 yang baharu, sejajar dengan sistem prauniversiti seperti kolej matrikulasi serta pusat asasi sains.

Kementerian Pendidikan melalui Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan Enam (6) supaya memakai pakaian mengikut standard.

Antara kod pakaian baru Tingkatan Enam untuk sesi persekolahan bermula 2015:-
  • Dibenarkan untuk memakai pakaian batik ke sekolah
  • Pelajar lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah dan seluar ke sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain
  • Bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak. Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
  • Pelajar masih lagi boleh memakai uniform walaupun ianya tidak dinyatakan dalam arahan.
  • Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat. Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz 'buckles' tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
  • Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
  • Pelajar wanita selain baju kurung, mereka juga akan dibenarkan memakai seluar panjang. Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
  • Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
  • Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T dan pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian ketat.
  • Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
  • Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
  • Kemeja-T yang dipakai tidak boleh mempunyai imej politik, ganas, kesat atau apa-apa yang dianggap negatif.
Tingkatan 6 2015

Sumber: mStar

6 comments

  1. Lepas ni dah boleh melaram lah nanti..Hehehe.. Lagi satu nak tanya kalau make-up dibolehkan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya make-up tak dibenarkan, nanti cikgu pula yang tak keruan depan kelas..hehe

      Delete
  2. Bagus jugalah sbb pelajar tingkatan 6 ni sebenarnya dah setaraf matrikulasi u.. malah ada sesetengah berpendapat apa yg dipelajari di tingkatan 6 lebih susah dari matrikulasi...

    ReplyDelete
  3. kesian diorang kena pakai baju skolah dulu.. padahal sama je standard dgn yg matrik and asasi.. hehe tapi nanti susah sikitla nak beza student dgn cikgu.. tapi student id ada, so xde masalah la kan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon