Dec 19, 2014

PANAS! Astro Haramkan Agama Islam Dalam Permohonan Baru?

Seorang retailer Astro mendedahkan di Facebook BBCD hari ini tentang syarat baru Astro ‘mengharamkan’ agama Islam dalam permohonan, ia mendatangkan kecoh dalam kalangan netizens.

Astro-Rasis

Status individu mendakwa retailer Astro berbangsa Melayu dan beragama Islam itu berbunyi:

Astro buat undang undang haramkan agama Islam dalam permohonan. Agama lain tak apa.

Salam BBCD saya seorang retailer Astro yang berbangsa Melayu. Saya ada menerima email dari astro syarat-syarat permohonan baru untuk Astro. Mula mula saya biarkan je tak amik port.

Tapi semalam 7 pelanggan Melayu Islam saya kena reject permohonannya. Saya call validation department. Mereka kata sebab saya tak tutup atau sorokkan agama ISLAM dalam ic pemohon tu. Saya tanya kalau agama lain macam mana? Diorang jawab agama lain tak apa. Hanya agama Islam khas yang tak boleh ada dalam permohonan.

Kalau pemohon agama islam, kita kena tutup atau sorokkan Islam tu baru permohonan diterima. Tak kan nak cari rezeki saya nak kena sorokkan agama Islam. Saya dan rakan yang lain sedih sangat. Boleh tak BBCD tolong viralkan?

Bersama status ini, disertakan surat pekeliling dikeluarkan Astro bertarikh 12 November 2014.

Astro-Rasis [2]

Hal ini mendatangkan kemarahan ramai pengguna Astro beragama Islam hingga terbitlah bermacam-macam komen, antaranya seperti yang kami kongsikan di bawah.

Astro-Rasis [3]
Astro-Rasis [4]

Bagaimanapun, ada juga yang bersikap lebih rasional dan menerangkan bahawa syarat yang dikenakan Astro ini, tertakluk pada akta Akta Perlindungan Data Peribadi 2013 (Akta 709) di mana seksyen 4 akta tersebut menyatakan maklumat sensitif individu seperti agama dan politik perlu dilindungi dan tidak boleh dihebahkan.

Astro-Rasis [5]
Astro-Rasis [6]
Astro-Rasis [7]

Ye ke? Tapi kenapa agama Islam je? Hairan...

Boleh APDP atau sesiapa terangkan bentuk perlindungan tu bagaimana dan kenapa?

Oleh kerana Astro telah bekerjasama dengan syarikat yahudi, mungkin pemohon baru tidak akan dilayan KECUALI MENGAKU BUKAN ISLAM DENGAN 'MENUTUP' STATUS ISLAM DALAM KAD PENGENALAN!

Apa pula hukumnya dalam Islam?

Hebat strategi musuh-musuh Islam laknatullah ni kan..

Akta Perlindungan Data Peribadi 2013 (Akta 709) seksyen 4

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah s. 5(1) dalam Akta ini demi menjaga keutuhan data peribadi

Pertama - Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain

Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan

Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.

Keempat - Prinsip Keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.

Kelima - Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan

Keenam - Prinsip Integriti Data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.

Ketujuh - Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan APDP 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi. Baca SINI.

Masalahnya, apa alasan rasional di sebalik semua ini? Semakin hebat nampaknya karenah jijik ASTRO yang sebelum ini melantik sebuah syarikat Yahudi, AMDOCS, sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut. Baca SINI.

Jadi, apa kata anda?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

21 comments

Nasib baik rumah tak pasang astro.. Jemput singgah blog BBL ye

Mentang2lah sibuk hal Islam dan pengganas.. semua Islam je.. Sedangkan bangsa & agama lain pun bukan tak ada yg mengganas. Agak2lah..

Bro, bukan pemohon agama Islam x bole nak apply. Sume org bole apply sama ada warga negara atau tidak. Garis panduan Akta Perlindungan Data Peribadi memerlukan infomasi seperti agama, kedudukan kesihatan & perkara berkaitan politik tidak boleh di proses, melainkan kebenaran berasingan diberikan oleh pemohon utk data sensetive tersebut diproses.

Clause for PDPA Act 2010
Sensitive personal data includes one’s religious beliefs, political affiliations and health information.
Under the PDPA, sensitive personal data cannot be processed. However, the PDPA provides for
some exceptions to this rule, one of which is by gaining the explicit consent of the data subject.
Consent is amplified for sensitive personal data as the consent must be explicitly given for the
processing of the particular sensitive personal data.

Masalah yg terdapat dengan MyKad ialah, hanya agama Islam yg terpampang di muka depan IC. Agama lain xde print out.

Pls do some recearch before posting anything. Don't be keyboard warrior without knowing the fact.

Tq

Boikot astro...

Susah nak komen coz kita tak tau hal sebenar. Jangan cepat melatah..Tak mungkin isu disengajakan..mesti ada reason kan...

pasti ade reason disebaliknya, sepatutnya, ia perlu diberi perincian yang lebih untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai

Astro ni bukan Islam punya...sebab tu jadi macam tu. sifat benci Islam tu mmg dah sebati dgn diaorag.

cara kurangkan stress

Eyhh, mcm tu pulak.....;-/

wah dunia jaman sekarang ya, ada aja, soal agama pulak

Singgah sini ye .. nak tahu blog anda di ciplak atau tidak ? baca entry ni .. harap membantu !


http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/apakah-itu-got-blogger.html

aku rasa nak potong aje Astro ni..bayar mahal tapi siaran coverage mengecewakan...kadang ada kadang tak ada...

tak usah layan tv sekuler cari tv yang islami je

kalau seperti itu lebih baik tidak perlu menggunakan astro biarkan mereka merugi dan bangkrut..

Semoga informasi ini bukan untuk menjatuhkan Astro. Takutnya hanya persaingan antar produk...

Ya mudah-mudahan aja mereka sadar hal itu termasuk dosa juga karena menipu adalah tindakan yang merugikan. Begitupun hati-hati mas dengan konten dewasa sebab mengundang dosa juga loh buat yang menayangkannya.

Moga para konsumennya berpikir cerdas :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon