Thursday, December 04, 2014

Misteri Seram Lukisan Berwajah Sedih


Lukisan berhantu! Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi itulah yang dialami oleh sebuah keluarga di Cumbria, England. Gangguan demi gangguan terus menghantui keluarga Sean Robinson.

The_anguished_man

Semuanya bermula pada tahun 2012, apabila Sean menggantung sebuah lukisan yang diterima daripada mendiang neneknya.

Pada mulanya, Sean tidak ingat langsung kewujudan lukisan yang disimpan dalam bilik bawah tanah rumahnya.

Suatu hari apabila hujan turun dengan lebat menyebabkan bilik bawah tanah itu dilimpahi air, dari situ akhirnya menemukan Sean dengan lukisan misteri yang diberi nama 'The Anguished Man', yang membawa maksud, Lelaki Yang Sering Bersedih'.

Menurut kisah yang diceritakan oleh neneknya, lukisan tersebut diberi oleh rakan baik neneknya sendiri. Ia merupakan sebuah lukisan yang dipenuhi misteri.

Kononnya, pelukis potret itu mencampurkan darahnya dengan cat sebelum melukis lukisan yang mempamerkan wajah sedih lelaki yang sedang bersedih itu.

Pelukis yang tidak dikenali asal usulnya itu juga dikatakan bertindak membunuh diri setelah selesai melukis lukisan tersebut.

Puncan pelukis itu membunuh diri tidak diketahui sesiapa. Namun, kisah itu tidak dapat disahkan kebenarannya kerana cuma disampaikan dari mulut ke mulut.

Isteri Sean sejak awal lagi tidak menyenangi kehadiran lukisan tersebut dirumah mereka. Dia menentang apabila Sean menyuarakan hasratnya untuk menggantung potret itu diruang tamu rumah mereka.

Akur dengan permintaan isterinya, Sean mengalah dan hanya menggantung lukisan itu dalam sebuah bilik di tingkat dua rumah mereka.

Maka, bermulalah mimpi ngeri keluarga ini. Suara tangisan seringkali didengari oleh Sean dan ahli keluarganya yang lain semenjak lukisan itu berada dalam bilik tetamu.

Hampir setiap malam rumahnya diganggu bunyi bising seperti ketukan dan cakaran pada dinding.

Pada mulanya, Sean menyangka bunyi itu datang dari luar rumah. Dia cuba menjejak dari mana arah datangnya suara misteri yang sering kedengaran dan setiap kali itu juga dia akan sampai ke bilik yang menempatkan lukisan misteri itu.

Isteri Sean juga kerap mengadu melihat bayangan lelaki yang hanya muncul samar-samar tanpa menunjukkan kepala. Pada mulanya, Sean menganggap semua itu hanyalah bayangan isterinya semata-mata.

Naumn, dia mula mengesyaki sesuatu apabila anak lelakinya turut diganggu oleh 'makhluk' tersebut.

Suatu ketika, Kenan yang yang sedang berjalan menuruni anak tangga rumah tiba-tiba jatuh tersandung seperti ditolak sesuatu. Kenan mendakwa kesan tolakan yang kuat itu menyebabkan dia hilang keseimbangan sebelum terjatuh.

Semakin hari, gangguan yang diterima keluarga Sean semakin bertambah. Jika dulu bunyi tangisan hanya sayup-sayup kedengaran, kini semuanya semakin jelas ditelinga mereka.

Malah, Sean juga seringkali dikejutkan dengan kehadiran lembaga di penjuru bilik tidurnya. Bayangan itu seolah-olah memerhatikan dia dan isterinya sedang tidur.

Merasakan dirinya perlu melakukan sesuatu, Sean bertindak meletakkan perakam video di dalam bilik dimana terletaknya lukisan tersebut.

Hasilnya, rakaman menunjukkan ada bayang-bayang lampu yang tidak diketahui tiba-tiba muncul dan hilang dalam bilik itu.

Bunyi seperti ada barang jatuh juga kedengaran biarpun tiada apa-apa yang pelik kelihatan di sekitar lukisan itu.

Pintu bilik juga kelihatan tertutup dengan sendirinya biarpun tiada sesiapa yang berada di sekitar bilik tersebut sewaktu rakaman dilakukan.

Tidak percaya dengan hasil rakaman video tersebut, Sean memuat naik rakaman itu ke laman youtube dan mendapat banyak respon daripada penonton seluruh dunia. Kebanyakan mereka ingin tahu dari mana datangnya lukisan misteri yang dimiliki oleh Sean.

Sean Robinson

Namun, Sean sendiri masih tertanya-tanya siapa pelukis asal lukisan berhantu yang dimilikinya itu.

Seorang produser filem Amerika Syarikat telah berminat untuk memfilemkan misteri lukisan 'The Anguished Man', malah menawarkan untuk membeli lukisan itu dengan harga $32 ribu dollar, namun tawaran itu ditolak oleh Sean.

Menurut Sean, setelah kisah misteri lukisan itu tersebar di internet, dia telah menerima banyak e-mel dari seluruh dunia menyatakan keinginan mereka untuk membeli lukisan tersebut. Namun, dia tidak berminat untuk menjual lukisan berhantu itu.

Walaupun Sean dan keluarganya kerap diganggu sejak lukisan itu ada dirumahnya, tapi tidak terlintas difikirannya untuk menjual lukisan yang diwarisi daripada mendiang neneknya itu.

Kini, lukisan itu telah diturunkan dan disimpan semula di dalam bilik bawah tanah rumah mereka.

Kadangkala, masih terdengar bunyi-bunyi pelik yang datang dari dalam bilik itu tetapi Sean hanya memekakkan telinga.

Malah, anjing peliharaan mereka juga langsung tidak berani mendekati bilik bawah tanah itu.

Sean masih lagi menaruh harapan agar ada individu yang mengenali pelukis asal lukisan berhantu tersebut untuk tampil dan membuka misteri yang masih belum diketahui sehingga kini.

Saksikan videonya di YouTube SINI

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

12 comments

  1. Salam tuan .Terima kasih...saya suka baca blog tuan dapat info . Ada tak blog pancing
    Boleh Kongsi tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Admin ada satu blog tentang tips pancing tapi jarang update. (kolambuyut.blogspot.com) :)

      Delete
  2. ngeri juga sepertinya lukisan itu...jadi takut deh...

    ReplyDelete
  3. Klu org tua2 kita kata... gambar tu bersetan tu... wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Agak seram juga gambar tu..tapi kalau alter mesti jadi tak setam dah

    ReplyDelete
  5. Uuui,amit-amit. Kalau saya memang tak berani pandang le lukisan tu. Bakar terus.

    ReplyDelete
  6. Perghhh...seram gila... Kalau saya saya jual lukisan tu tapi nak tahu juga siapa yang lukis potret tu.

    ReplyDelete
  7. Macam dah takde rupa lain nak dilukis...kan dah jadi lain. Tapi bila dah jadi macam ni, bernilai tinggi pulak lukisan tu.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon