Monday, December 01, 2014

Festival Laga Kuda Untuk Mengahwini Gadis!


Tradisi yang dijalankan oleh etnik minoriti Miao ini cukup terkenal dan merupakan antara tradisi paling terkenal di sana.

Miao Horse Festival

Etnik Miao merupakan salah satu daripada 55 etnik minoriti di China dengan populasi seramai lebih tujuh juta orang.

Mereka tinggal di wilayah autonomi Zhuang Guangxi serta provinsi-provinsi Guizhou, Yunan dan Hainan di bahagian selatan China.

Tradisi yang diamalkan setiap tahun ini dikatakan telah wujud sejak 500 tahun dahulu dan telah diwarisi hingga sekarang.

Miao Horse Festival
Etnik Miao.

Menurut lagenda tempatan, pada suatu masa dahulu, ada dua orang pemuda telah sama-sama jatuh cinta pada seorang gadis Miao.

Raja Miao memutuskan supaya kuda milik dua orang pemuda itu berlaga dan pemilik kuda yang menang akan mengahwini gadis berkenaan.

Sejak itu, pertandingan ini sering dianjurkan dan semakin popular dalam kalendar aktiviti masyarakat di sini.

Walaupun begitu, tujuan penganjuran pertandingan ini sudah berbeza. Kini ia dianggap sebagai satu festival hiburan dengan penyertaan setiap lapisan masyarakat.

Miao-ethnic-wedding
Upacara perkahwinan etnik Miao.

Festival laga kuda akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 26 hingga 28 Disember setiap tahun.

Pada hari pertama, masyarakat tempatan akan sibuk menyediakan juadah untuk mengalu-alukan saudara mara dan sahabat handai yang akan datang melawat.

Hadi kedua dan ketiga adalah hari pertarungan kuda. Seawal jam 10 pagi, ruangan disekeliling gelanggang akan sesak dipenuhi orang ramai.

Selepas bunyi Guoshanchong, sejenis pistol tradisional kedengaran, kuda-kuda yang menyertai perlawanan akan memasuki kawasan gelanggang dengan iringan muzik dan juga persembahan tarian singa.

Apabila perlawanan bermula, kuda yang bertanding akan meluru ke arah kuda pihak lawan. Mereka akan menendang dan juga menggigit antara satu sama lain.

Peraturan dalam pertandingan ini amat mudah, kuda perlu bertarung sehingga lawannya jatuh ke tanah atau lari meninggalkan gelanggang.

Miao Horse Festival - Winner

Kuda yang masih berdiri dalam gelanggang akan dikira sebagai pemenang. Kuda yang menang bukan saja membuatkan pemiliknya berasa gembiri dan bangga tetapi mereka turut dihormati.

Walaupun ramai aktivis haiwan mengecam dan mengutuk aktiviti yang disifatkan kejam dan zalim terhadap binatang itu, masyarakat Miao tetap mengadakan festival tersebut setiap tahun kerana ia adalah tradisi turun temurun masyarakat mereka.

Aktivit laga kuda diharamkan hampir diseluruh dunia, tetapi negara-negara seperti Filipina, Indonesia, Korea Selatan dan China masih membenarkan perkara tersebut.

Fakta menarik tentang kuda;
  • Kuda boleh tidur dalam keadaan berbaring dan berdiri.
  • Muzium kuda yang terbesar di dunia adalah Muzium Kuda Antarabangsa di Kentucky, Amerika Syarikat.
  • Kuda berkomunikasi secara verbal dengan menggunakan ekspresi muka dan bahasa tubuh. Emosi mereka boleh dilihat pada perubahan bentuk hidung, mata dan telinga.
  • Kuda arab adalah baka kuda tertua di dunia. Bukti arkeologi mendapati, baka kuda yang berasal dari Semenanjung Arab telah wujud sejak 4,500 tahun dahulu.
  • Kuda paling besar dan tinggi pernah direkodkan adalah kuda bernama Big Jake dengan ketinggian 210.2 sentimeter.
  • Sementara kuda yang paling kecil dan rendah pula adalah seekor kuda bernama Thumbelina dengan ketinggian 44.5 sentimeter.

BACA INI JUGA: Els Enfarinats, Festival Perang Tepung Dan Telur

-Sentiasapanas.com

8 comments

  1. asalam ..adakah melagakan kuda akan berkat perkahwinan. Kita Negara Islam ..semoga terhindar dari macam ini..

    ReplyDelete
  2. Haiwan yg kesakitan manusia ketawa keseronokan kejam isk..isk

    ReplyDelete
  3. menzalimi binatang yg sepatutnya disayangi ...

    ReplyDelete
  4. Zaman dulu2 klu gadis tu berbaloi mmg org pun sanggup berbunuh.. apatah lagi setakat kuda2 ni.. :D

    ReplyDelete
  5. hati2 dgn kuda yg lepas. ia akan mengejar dan mungkin menendang anda jika anda lari. anda hanya perlu berdiri dan diam sementara penjaganya datang. tq. awas... kuda menggigit.

    ReplyDelete
  6. Macam tidak ada erti lagakan kuda nhe... Sekadar berebut untuk khawini gadis? hmm..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon