Saturday, December 13, 2014

Alvin Tan Hina Islam, Ali Abd Jalil Dan Melayu Murtad


Rasanya, kebanyakan masyarakat Malaysia kini dah makin malas nak mengendahkan kenyataan-kenyataan biadab yang dikeluarkan si Alvin Tan ini kerana pastinya, tujuan blogger seks itu hanyalah ingin meraih perhatian.

Alvin Tan Hina Islam

Namun, melalui satu entri yang baharu dimuatnaik pada Sabtu, Alvin dilihat cuba mencurah minyak ke api apabila berkata, dia hanya mempercayai golongan Melayu yang telah murtad.

Tambah kurang ajar, Alvin yang kini jadi pelarian di Amerika Syarikat menyifatkan golongan tersebut adalah berani untuk menyatakan kebenaran, termasuk menghina Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Alvin Tan Hina Islam [2]

“Golongan Melayu yang saya percaya hanyalah mereka yang murtad. Ia memerlukan keberanian dan keyakinan tinggi untuk keluar daripada kepompong berkenaan (Islam).

“Saya tidak tertipu dengan semua yang melibatkan Islam, cukup untuk semua ini, saya keluar!”

Nampaknya, Alvin masih belum serik mengeluarkan kenyataan provokasi bukan sahaja terhadap pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia, malah kini masyarakat Islam secara khususnya.

Orang tua-tua cakap, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa! Nantikan je.

Ali Bersekongkol Dengan Melayu Murtad Sweden

Ali Abd Jalil Murtad

Menerusi status Facebook, aktivis yang lari dari Malaysia ke Sweden bagi mengelak tindakan undang-undang dengan cara memohon suaka politik, Ali Abd Jalil dilaporkan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa (Interpol) malam tadi.

Didakwa turut ditangkap bersama Ali adalah seorang lagi rakyat Malaysia yang aktif menghina Islam menggunakan medium internet, Adlin Abd Jalil atau lebih dikenali sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Ali Abd Jalil Murtad [2]

Bagaimanapun, pemeriksaan kami mendapati ia cuma satu permainan lawak yang dimulakan oleh rakan Ali dan Adlin, pemilik akaun Facebook Juli Jalaludin, warga Malaysia yang juga angkuh mengaku murtad kerana tidak ada undang-undang boleh disabitkan kepadanya yang kini tinggal di Sweden.

Ali Abd Jalil Murtad [3]

Juli memuatnaik gambar Ali dan Adlin tersengih depan kenderaan Polis Sweden dan memuat naik status beserta ungkapan Allahuakbar semata-mata mahu menyelitkan unsur menghina Islam di situ.

Hal ini kerana seperti Adlin, Juli adalah si murtad yang terang-terangan sentiasa cari jalan untuk mengejek penganut Islam.

Jika dilihat pada posting di Facebook ketiga-tiga pengkhianat bangsa dan agama ini, dapat dilihat mereka begitu rapat di sana malah Ali mungkin diberikan ‘khidmat nasihat’ oleh Adlin dan Juli untuk lari ke Sweden sebelum ini.

Ali Abd Jalil Murtad [4]
Ali Abd Jalil Murtad [5]

Rata-rata rakyat Malaysia sudah muak melihat provokasi melampau yang menjatuhkan nama Malaysia ini, justeru ramai ternanti-nanti bilakah petualang ini akan dapat diheret pulang dan diadili di negara ini.

AS Takkan Layan Permintaan Ekstradisi M’sia – Latheefa Koya

Latheefa Koya

Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya mendakwa, tiada akta menghasut di bawah undang-undang AS sedangkan undang-undang ekstradisi menetapkan perlu ada kesalahan yang sama di kedua-dua negara sebelum ekstradisi dibenarkan.

“Oleh itu kerajaan AS sudah pasti tidak akan melayan permintaan ekstradisi (penulis blog seks Alvin Tan) daripada Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau membuat dakwaan itu sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai tindakan ekstradisi ke atas Alvin yang melarikan diri ke AS untuk mengelak daripada tindakan mahkamah.

Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat “bangau pulang ke belakang kerbau”.

Sumber: Mynewshub.cc

SP/ Sedih sekali melihat bagaimana undang-undang dan agama Islam dipermainkan oleh bangsa Melayu di tanah orang hanya kerana perbezaan politik.

5 comments

  1. Semoga akan mendapat kesedaran..pasti akan terhurai..

    ReplyDelete
  2. Kadang kala terpikir kenapa jadi begini...sebabnya mudah...org Melayu sendiri yg menghinakan Islam...so Allah hinakan Melayu tu sendiri...For Example, sesetgh Melayu bermati-matian memperjuangkan kalimah Allah dimana ianya bagus...but then bile bab hukum Islam itu sendiri Melayu tersebut tentang habis-habisan..! Tak ke munafik namanye tu...? Tak ke itu menghina Islam namanya...? Berpura2 memperjuangkan Islam tapi Allah juga yg tahu isi hati Melayu2 tersebut...

    ReplyDelete
  3. Dia org ni tiada arah tujuan sebenarnya... akhirnya dia org sendiri yg jiwa kacau. Itulah bahana menghina dan main2 dgn agama... Tak percaya tengoklah nanti... bukan mendoakan, tetapi dah banyak berlaku dalam sejarah org2 yg mcm ni akhirnya jiwa sendiri yg kacau.. Semoga bertaubat selagi belum terlewat...

    ReplyDelete
  4. Kita doakan agar Ali tidak termakan dengan hasutan 2 rakan murtadnya...
    Kesalahan Ali kerana mulutnya lancang... memohon maaf selesai...
    Tapi murtad dan mengjina islam... Allah saja yang mengetahui...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon