Sunday, November 16, 2014

NGERI! Telinga Dipenuhi Telur Lalat!


Memang ngeri kalau difikirkan tapi itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila lalat masuk ke dalam telinganya lalu meninggalkan ratusan telur yang kemudian menetaskan ulat.

Telinga Dipenuhi Telur Lalat

Kisah ngeri ini terbongkar selepas pemuda tersebut menemui Dr. Vikram Yadav yang merupakan seorang dermatologis di Faizabad, India setelah terdengar sesuatu bunyi di dalam telinganya.

Selepas menjalani pemeriksaan, Yadav memberitahu pesakitnya itu mengalami ‘aural myasis’, keadaan di mana telinga ataupun hidung seseorang individu dicemari dengan larva lalat.

Pesakit kebiasaannya akan mendengar seakan bunyi ‘dengung’ di kawasan yang tercemar disusuli bau busuk yang keluar dari anggota tersebut.

Menurut Yadav lagi, ulat-ulat itu berkemungkinan memakan daging dalam telinga hingga menembusi bahagian otak hingga boleh membunuh pesakit jika dia tidak mendapatkan rawatan.

Bagi mengeluarkan kesemua larva berkenaan, Yadaz menjalankan prosedur melemaskan hidupan itu sebelum ia mulai muncul di bahagian luar telinga.

Kemudian, alatan digunakan untuk mengeluarkan ulat-ulat tersebut.

Justeru, buat anda di luar sana, silalah jaga kebersihan anggota tubuh sekerap mungkin.

Jika tidak, mungkin spesies serangga berminat nak jadikan anggota anda sebagai ‘wad bersalin’.

Sumber: Mynewshub.cc

7 comments

  1. Assalammualaikum... SP,

    mselim3 tgk sampai habis video nie... geli tgk...

    mselim3

    pls: kesian pulak tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. memang ngeri dan memualkan..hehe

      Delete
  2. eeeeeeee.... nie pun scary jugakkk.... takder tempat lain ker lalat tu nak bertelur punnn... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tu yang tak tau nak jaga kebersihan..:(

      Delete
  3. Geli dan menakutkan eeeee... meremang bulu roma ishhh.. :D

    ReplyDelete
  4. eeee geliii :( takutnyaaa tak suka lalat !

    ReplyDelete
  5. Alamak...baca tajuk sahaja dah menggelikan. Xsanggup nak tgok...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon