Thursday, November 13, 2014

Korea Selatan Sunyi Sepi Hormati Peperiksaan Sekolah!


Tahun ini kira-kira 650,000 pelajar, tidak banyak beza berbanding tahun lalu, namun kesannya amat besar apabila aktiviti lebih 50 juta warga Korea Selatan terhenti seketika gara-gara peperiksaan tahunan terbesar yang berlangsung serentak hari ini.

Pelajar-Korea-Selatan
Pelajar Korea berdoa di pintu masuk sekolah sebelum peperiksaan.

Ironinya, walaupun cuma peperiksaan biasa bagi pelajar kolej berusia 17 tahun untuk layak masuk ke universiti bagi sesi tahun berikutnya, tetapi lulus atau gagal dalam ujian yang dianggap paling susah itu seumpama bakal mengubah nasib hidup seseorang pada masa akan datang.

Bayangkanlah pelajar yang lulus dalam peperiksaan amat sukar itu akan dianggap ada masa depan cerah kerana bakal diterima masuk ke universiti elit di Korea Selatan selain jaminan kerjaya dengan firma terkemuka malah berkahwin dengan pasangan yang dihormati.

Tinjauan agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap mendapati, suasana di seluruh negara senyap sunyi sejurus peperiksaan bermula 8.40 pagi (atau 7.40 pagi waktu Malaysia) di 1,257 pusat peperiksaan. Seolah-olah masa yang bergerak tiba-tiba berhenti putarannya.

Kementerian Pengangkutan malah 'mengharamkan' semua pendaratan dan pelepasan pesawat di lapangan terbang selama 40 minit ujian itu bermula, manakala Kementerian Pertahanan terpaksa menyusun semula jadual latihan menembak di kem tentera untuk mengelak bunyi bising.

Pelajar-Korea-Selatan [2]
Seorang pelajar yang terkandas dalam kesesakan jalan raya.

Trafik juga dilarang memasuki jarak 200 meter dari pusat peperiksaan selain semua pejabat kerajaan dan premis perniagaan termasuk bursa saham Seoul dibuka sejam lebih lewat bagi memastikan ibu bapa sempat menghantar anak mereka masuk ke dewan ujian.

Pihak berkuasa juga menyediakan perkhidmatan kecemasan khas untuk pelajar atau ibu bapa yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dengan bantuan kereta peronda atau motosikal berkuasa besar polis, yang akan mengiringi mereka ke lokasi peperiksaan.–Agensi

Hebat kan..

6 comments

  1. kemasukan ke universiti merupakan penentu masa depan diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka terlalu taksub dengan pelajaran. Mesti hidup dalam keadaan sentiasa tertekan..

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau perkara begini berlaku di Malaysia gerenti 'kiamat' berlaku..haha

      Delete
  3. Patut dicontohi oleh msykt kita.. tak taulah bila minda msykt kita boleh terbuka mcm ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemikiran dunia kelas pertama yang kita tidak ada..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon