Wednesday, October 08, 2014

"Yang Baik Itu Tidak Semestinya Baik"


Alkisah ada seorang petani miskin mempunyai seorang anak lelaki dan seekor kuda betina. Kehidupan mereka ala kadar saja.

Yang Baik Itu Tidak Semestinya Baik

Suatu hari, tanpa disedari kuda betina petani itu telah hilang. Maka, orang kampung yang simpati pun pergilah ke rumah petani tersebut. Sudahlah kuda betina seekor, hilang pula.

"Kesian!" kata orang kampung.

Tapi, si petani tidak bersedih, sebaliknya berkata, "Yang tak baik itu tidak semestinya tak baik! Yang baik itu tak semestinya baik!"

Tidak lama kemudian, kuda betina yang hilang itu balik semula ke rumah si petani dan didapati telah bunting.

Orang kampung datang ke rumah petani itu untuk melihat kuda betina yang bunting itu.

"Tak sangka, kuda betina itu bunting! Untungnya dia!" kata orang kampung.

Petani itu berkata seperti biasa, yang baik itu tidak semestinya baik, yang tak baik itu tak semestinya tidak baik!

Tidak berapa lama kemudian, si kuda betina yang bunting itu beranak. Setiap hari anak lelaki petani itu menghabiskan masa bermain-main dengan anak kuda jantan tersebut.

Tanpa disangka, suatu hari anak petani itu ditendang oleh anak kuda jantan yang tiba-tiba melenting.

Cederalah si anak muda itu. Patah tangan. Orang kampung seperti biasa datang berziarah. Kesian! Anak ada seorang, patah tangan pula!

Si petani miskin itu memberitahu ungkapan yang sama, "Tak semestinya yang tak baik itu tidak baik! Yang baik itu tidak semestinya baik!"

Tibalah saatnya kerajaan memerintahkan semua anak muda dalam kampung itu diwajibkan menjalani kerahan tenaga untuk persiapan ke medan perang.

Hanya anak petani miskin tadi yang tidak disuruh berperang, sebab dia masih cedera dan patah tangan. Ditakdirkan, semua anak muda yang pergi berperang itu, terkorban.

Maka yang tinggal dikampung itu hanyalah anak gadis yang belum berkahwin.

Orang kampung datang kerumah petani tadi mengucapkan tahniah sebab hanya anak lelaki petani miskin itu yang terselamat.

Beruntunglah si anak petani itu sebab ramai gadis berebut-rebut hendak berkahwin dengannya.

Petani itu lalu berkata, "Dari dulu lagi aku dah cakap, yang baik itu tidak semestinya baik dan yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik. Setiap kebaikan dan keburukan yang diuji oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya!"

Pembaca sekalian, apabila mendapat sesuatu kebaikan, jangan terlalu gembira, tapi bersyukurlah! Begitu juga jika mendapat sesuatu musibah atau keburukan, jangan kecewa atau putus asa.

Percayalah, ada hikmah disebalik Qada dan Qadar Allah itu.

BACA INI JUGA: Alangkah Mudahnya Menjadi Kaya

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. T kasih atas perkongsian & peringatan ini SP.

    ReplyDelete
  2. Ya! Yakin kepada ketentuan Allah...sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap kejadian.

    ReplyDelete
  3. Sentiasa percaya kepada Qada dan Qadar Allah SWT..:)

    ReplyDelete
  4. jangan percaya apa yang kita lihat sebenarnya, buah yang elok di luar jugak belum tentu boleh dimakan.... fitrah hidup manusia, bro...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon