Saturday, October 18, 2014

Jus Katak Pulih Kejantanan Lelaki?


Informasi Dunia. Carmen Gonzales, seorang pengusaha warung kecil yang terletak di tengah bandar Lima, Peru.

Carmen Gonzales Frog Juice

Warungnya beroperasi setiap hari bersedia menenerima kehadiran pelanggan untuk mencuba dan merasai kehebatan sejenis minuman eksotik yang telah diusahakannya sejak 15 tahun lalu.

Ramuan utamanya, seekor katak! Yak! Namun begitu, jus ini dikatakan mampu memulihkan sakit dalaman dan mengembalikan kejantanan seorang lelaki.

Jika mahu memesan segelas jus ini sangat mudah, hanya sebut 'Jugo de Rana' kepada pelayan, dan segelas jus katak tersedia di depan mata anda!

Minuman pelik ini dikatakan mampu memulihkan penyakit asma, darah tinggi dan mengembalikan tenaga dalaman lelaki.

Carmen Gonzales Frog Juice [2]

Dan kerana itulah rata-rata pelanggan warung ini terdiri daripada golongan lelaki. Memang pantang bagi lelaki kalau mendengar beda-benda kuat ni..hehe

Untuk menyediakan jus katak, Carmen terlebih dahulu akan menangkap seekor katak yang masih hidup di dalam akuarium di warungnya.

Katak akan dibunuh dengan cara mengetuk kepalanya dengan batu, kemudian kulit akan disiang. Katak ini kemudiannya dikisar bersama ramuan rahsia.

Apa yang menariknya, pelanggan boleh melihat sendiri katak-katak yang masih hidup sebelum menikmatinya sebagai minuman.

Carmen Gonzales Frog Juice [3]

Katak yang telah dibersihkan akan direbus selama beberapa minit sebelum dikisar bersama campuran madu, lidah buaya, soya serta ramuan herba seperti buah maca dan akar kayu.

Kemudian, bahan yang telah dikisar akan ditapis dan sedia untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Walaupun katak telah dikisar bersama ramuan campuran tadi, bau hanyir tetap menusuk hidung. Bagi pelanggan yang baru pertama kali menikmatinya, bukan mudah untuk menelan jus ini walaupun hanya gelas yang yang kecil.

Dianggarkan, setiap hari sebanyak 80 ekor katak berjaya dijual dan Carmen mengakui dia tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang mahukan segelas jus katak terutamanya ketika waktu sarapan.

Mereka menjadikan minuman pelik ini sebagai tonik tenaga sebelum memulakan hari, malah mendakwa ia mampu mengekalkan stamina mereka seharian. Harganya pula murah, hanya sekitar USD$1 segelas.

Carmen Gonzales Frog Juice [4]

Masyarakat tempatan menjadikan minuman ini sebagai diet harian mereka kerana percaya jus katak mampu mengembalikan tenaga serta menyembuhkan penyakit!

Ada sesiapa dikalangan pembaca yang nak rasa jus katak? Hehe..

-SENTIASAPANAS.COM

6 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon