Wednesday, October 08, 2014

10 Minyak Wangi Paling Mahal 2014


Jika anda mempunyai simpanan wang yang lebih, anda mungkin boleh memiliki salah satu daripada senarai 10 Minyak Wangi Paling Mahal 2014 ini yang ingin kami kongsikan atau anda boleh membuat semakan dan mengetahui jenis minyak wangi paling mahal dan berkualiti.

Mari ikuti senarai 10 Minyak Wangi Paling Mahal 2014.

10. Chanel N°5
Harga: $234 (RM753) per 100ml

Chanel N°5

Wangian Chamel N°5 terkenal di seluruh dunia dengan aroma jasmine. Wangian pertama dari pereka terkenal, Gabrielle 'Coco' Chanel. Wangian Chanel ini mula dihasilkan dengan N°1 sehingga N°6 tetapi N°5 adalah yang paling popular.

Pada mulanya, wangian ini diberikan secara percuma kepada pelanggan pilihan Chanel di butik Chanel. Wangian Chanel N°5 juga adalah hadiah minyak wangi yang paling sesuai untuk seorang wanita istimewa dalam hidup anda.

Chanel N°5 terkenal kerana mempunyai simbol rasa yang baik serta nyaman dan ia adalah salah satu wangian terlaris bagi penjual minyak wangi di seluruh dunia.

Coco Chanel meminta pereka minyak wangi iaitu Ernest Beaux untuk mencipta minyak wangi yang berbau seperti seorang wanita. Cubalah bau pewangi ini.

9. Shalini
Harga: $900 (RM2,898) sebotol 2.2 oz

Shalini

Wangian Shalini merupakan salah satu minyak wangi yang berbau bunga yang terbaik khas untuk wanita. Ia telah diilhamkan oleh Maurice Roucel.

Wangian Shalini mempunyai bau harum yang jarang ada dalam pasaran dan baunya adalah tulen.

Shalini merupakan satu wangian yang moden dan bekas pereka Chanel, Maurice Roucel telah mencipta wangian Shalini.

Beliau juga banyak menghasilkan bauan yang sungguh memikat, sehingga menyenaraikan minyak wangi ini sebagai salah satu daripada barisan wangian jenama mewah.

Kandungan minyak wangi ini kaya dengan ylang-ylang (bau kenanga), neroli dan ketumbar yang dicampurkan dengan kasturi, cendana, vanila dan tuberose. Aromanya juga sangat menenangkan jiwa.

8. Hermes 24 Faubourg
Harga: $1,500 (RM4,830) sebotol

Hermes 24 Faubourg

Wangian ini telah dinamakan bagi mengikut lokasi kedai pertama di Paris iaitu Faubourg Saint Honore.

Wangian 24 Faubourg ini mewakili bauan saga yang romantik, cerita berahi menjadikannya salah satu minyak wangi paling menjadi pilihan ketika ini.

Minyak wangi bercirikan feminin mempunyai aroma yang kuat yang biasanya bertahan selama 24 jam.

Campuran minyak wangi ini termasuk bauan daripada melati, ylang-ylang (bunga kenanga), bunga limau iris dan wangian lain yang menambah kepada kos minyak wangi ini dan menjadikannya lebih menarik untuk dipakai.

7. Ralph Lauren Notorious
Harga: $3,540 (RM11,398) sebotol

Ralph Lauren Notorious

Wangian Notorious adalah minyak yang dicipta khas untuk wanita juga. Ia telah diilhamkan dari filem klasik, Hitchcock. Minyak wangi ini telah berada dalam pasaran pada musim luruh pada tahun 2008 yang lalu.

Notorious juga adalah wangian yang memperkenalkan Old Hollywood Glamour. Ia telah diilhamkan oleh pelakon Faye Dunaway apabila beliau berlakon dalam filem 'The Thomas Crown Affair' dengan pelakon Lauren Bacall. Melalui filem inilah minyak wangi ini telah dihasilkan.

6. Eau D'hadrien
Harga: $1,500 (RM4,830) per 3-4 auns

Eau D'hadrien

Wangian Eau D'hadrien merupakan minyak wangi yang telah diilhamkan oleh Annick Goutal yang diperkenalkan dalam botol tulen dan berbentuk elegen bersegi dengan label yang diilhamkan oleh logo bagi satu jenama rokok.

Minyak wangi ini berbeza dari yang lain dipasaran kerana ia mempunyai aroma buah-buahan sitrus, seperti bauan lemon dan anggur, dan bukannya aroma bunga.

Aroma minyak wangi ini menjadikannya unisex, kerana ianya sesuai untuk lelaki dan wanita.

5. Poivre Caron
Harga: $2,000 (RM6,440) per 2 auns

Poivre Caron

Minyak wangi Poivre Caron diperkenalkan pada tahun 1954 oleh Michel Morsetti dan Felicie Wanpouille. Minyak wangi ini mempunyai aroma yang kuat seperti cili dan ini menjadikannya bauan unisex.

Selain aroma cili, ia juga mempunyai aroma bunga putih, campuran rempah panas, rempah segar, bunga, membuatkan pemakainya berasa harmoni antara satu sama lain.

Poivre Caron dianggap sebagai salah satu minyak wangi vintaj yang jarang dipakai yang mampu menambah nilai status personaliti pemakainya.

4. Clive Christian No.1
Harga: $2,350 (RM7,567) per 2 auns

Clive Christian No.1

Bauan yang menusuk hasil campuran bunga-bungaan, ylang-ylang (bunga kenanga), bunga melati, teratai, cendana, kayu aras, kayu ambar, vanila dan vertier.

Botol minyak wangi ini dihasilkan dengan kristal plumbum, manakala dibahagian tengah botol minyak wangi ini diletakkan emas saduran 24 karat dan sterling perak.

Minyak wangi ini terdapat juga dalam versi lelaki No.1 dan harganya juga yang paling mahal di dunia untuk lelaki juga dengan harga $2,350 per 2 auns.

3. Baccarat 'Les Larmes Sacres de Thebes'
Harga: $6,800 (RM21,896) sebotol

Baccarat 'Les Larmes Sacres de Thebes'

Minyak wangi ini mempunyai aroma cili, bunga melati, geranium, ylang-ylang (bunga kenanga), buah pelaga, selasih, cendana dan kasturi.

Reka bentuk yang ekslusif membuatkan penggemar minyak wangi ini mengumpul botolnya sebagai koleksi.

2. Clive Christian Imperial Majesty
Harga: $215,000 (RM692,299) sebotol

Clive Christian Imperial Majesty

Minyak wangi unisex yang boleh dipakai oleh lelaki dan wanita. Wangian ini jika dipakai oleh lelaki biasanya bertahan lebih lama dan ramuannya bersumber daripada aroma buah-buahan hijau dan limau.

Wangian bagi wanita pula mempunyai aroma yang lebih seksi kerana kandungannya iaitu bunga melati, buah pelaga, warna merah jambu, lemon, bergamot dan benzoin.

Wangian biasanya akan bertahan lama selepas dipakai.

1. DKNY Golden Delicious
Harga: $1 Juta (RM3,219,999) sebotol

DKNY Golden Delicious

DKNY telah bekerjasama dengan pakar barangan kemas, Martin Katz untuk menghasilkan botol minyak wangi pertama di dunia yang bernilai sejuta dolar dan diberi nama DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance Bottle.

Botol minyak wangi tersebut diukir dari emas kuning dan emas putih 14 karat dan ditatah 2,909 permata dari seluruh dunia.

Ia mempunyai 1.65 karat Turqouise Paraiba Tourmaline dari Brazil dan Oval Cabochon sejenis nilam 7.18 karat dari Sri Lanka.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan 15 rantai berlian berwarna merah jambu seberat 1.28 karat dari Australia, 4 rantai berlian berbentuk bunga mawar seberat 0.32 karat, 3.07 karat delima berbentuk bujur dan 4.03 karat berlian berbentuk buah pear.

Botol ini akan dipamerkan di seluruh dunia dan hanya akan dijual untuk tujuan amal.

BACA INI JUGA: 10 Kisah Menarik Filem-filem Seram Hollywood

-SENTIASAPANAS.COM

9 comments

  1. Assalammualaikum... sentiasapanas,

    mahal2 minyak wangi nie.. kan. Mesti "long lasting" ..

    mselim3

    pls: tag sentiasa panas untuk join segmen nie harap sentiasa panas sudi join k...

    http://mselim3.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

    ReplyDelete
  2. Hebat2 ni... minyak atar tak tersenarai eh.. :D

    ReplyDelete
  3. Ingatkan minyak wanginya yg mahal, rupanya botolnya yang termahal. :)
    Macam manalah agaknya bau minyak wangi yg beribu2 harganya tu...

    ReplyDelete
  4. minyak yang saya pakai tak tersenarai juga hehe

    Nasib baik minyak wangi...kalau minyak Ron 95 ?

    ReplyDelete
  5. Mak aii.. yang beli ni sume mesti yang tak tahu nak habiskan duit kat mana..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Gema Parfum
    Minyak Wangi paling Mahal.

    ----------

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon