Sep 11, 2014

Soalan UPSR Bocor, Salah Siapa Sebenarnya?

Belum pun hilang rasa meluat kertas Sains UPSR dilaporkan bocor, ditambah lagi dengan kebocoran kedua, kertas UPSR Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2.

Soalan UPSR Bocor

Memetik beberapa laporan akhbar yang mengatakan bahawa kertas Bahasa Inggeris 014 UPSR 2014 telah disahkan bocor oleh Kementerian Pendidikan pada jam 11 pagi 11 September 2014.

Ia berikutan maklumat yang telah diterima pada malam tadi sebaik sahaja kertas Sains sebelum ini disahkan bocor.

Menurut Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kertas Bahasa Inggeris bocor juga disebarkan melalui media sosial.

Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 Bocor

Bagi pelajar-pelajar UPSR yang ambil kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2, mereka akan jalankan peperiksaan semula. Dijangka tarikh untuk ambil peperiksaan semula kertas Bahasa Inggeri ini juga pada 30 September 2014 sama seperti kertas Sains 018, 028 dan 038 yang telah disahkan bocor semalam 10 September 2014.

Soalan subjek Sains 018, 028 dan 038 Bocor

Perkara begini dah lama sebenarnya. Masa SP dibangku sekolah belasan tahun lalu pun, soalan SPM dibocorkan oleh guru yang bertanggungjawab menyimpan soalan peperiksaan.

Masa tu kertas soalan dihantar pada malam sebelum peperiksaan bermula. Yang 'untung' pada masa tu sudah tentulah pelajar-pelajar kesayangan guru tersebut.

Cuma masalahnya, bagaimana prestasi guru-guru dan sekolah dinilai pada masa dahulu, kini dan selamanya?

Sudah tentulah berdasarkan kepada peratus lulus pelajar, itu perkara asas. Habis, bagaimana dengan sekolah luar bandar yang peratus pelajarnya bodoh-bodoh belaka? Maaf kepada yang bodoh, saya pun bodoh juga..

Pertanyaannya, jika kita mahu menunding jari, siapa yang harus dipersalahkan? Guru-guru atau si pembocor soalan, ataupun sistem pendidikan di Malaysia yang kononnya sentiasa mahukan yang terbaik, sasaran KPI 100% pelajar lulus dalam peperiksaan? (mungkin)

Kalau anda seorang guru atau ada sahabat yang berkerjaya sebagai guru, tekanan yang terlalu berat sebenarnya disandarkan kepada guru-guru kita. Bukan mahu menmbela insan yang tidak amanah, tapi tanggunjawab dan amanah bermula dari atas.

Jelas, tiada perancangan yang waras daripada kementerian pendidikan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Sama seperti kegagalan melatih para murid bertutur dalam bahasa Inggeris dari peringkat awal lagi.

Dasar pendidikan dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan guru, murid dan keperluan asas.

Bayangkan masih ada sekolah yang memiliki makmal komputer tapi tidak boleh digunakan kerana tiada bekalan elektrik!

Kegagalan sistem pendidikan kita turut diakibatkan oleh sikap pemerintah yang lebih melihat populariti memperkenalkan sistem berbanding memperbaiki kelemahan sistem sedia ada.

Seperti kata nenek saya, 'Peraturan apabila keterlaluan dilaksanakan, maka akan berlakulah kezaliman'.

Opss...sebelum anda mahu bertekak soal integriti dan amanah, soalannya ialah, adakah pihak atasan yang merancang dasar pendidikan negara sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan jujur, amanah dan berintegriti?

Kambing hitam mana pula yang akan diheret kali ini?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

10 comments

Sedihkan..apabila yang diberi amanah gagal melaksanakannya..tak faham sungguh kita dengan dia orang ni..Kesian kat adik-adik yang terlibat..hmm..

menyusahkan semua orang...dalang yang membocorkan perlu dihukum...

Guru sekarng x amanah

sistem pendidikan masih obses dengan peperiksaan...sebab itu sanggup pecah amanah demi keputusan yang cemerlang...lulusan UPSR tak jamin dapat kerja kalau tiada bantuan PMR atau SPM

Mmg menyusahkanlah.. calon2 susah.. guru & ibu bapa pun susah hhmmm...

Bila dah jadi macam ni. Tak tahu nak salahkan siapakan..

Tak semua guru macam tu. Ada yang baik juga.

Betul tu. Lulus matlamat utama, inilah jadinya..

Takpe kot..pelajar kena belajar hidup susah, cuma harap tak susah sampai habis U..

Agaknya lebih baik menteri yg letak jawatan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon