Sep 8, 2014

Pekerjaan Bergaji Tinggi Tanpa Ijazah Di Malaysia!

Berikut adalah kerjaya yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

Panduan-Pekerjaan

Agen Insuran

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit.

Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

Penasihat Kewangan

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

Agen Hartanah

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar.

Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual.

Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan.

Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini

Rig Operator/Operator pelantar minyak

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia).

Safety & Health Officer

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan/organisasi itu mengikut standard NIOSH DOSH. (Gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik.

Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda?

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

Sumber: Mynewshub

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Walaupun tak perlukan degree, kerjaya ni memerlukan somebody yang boleh berdikari dan berfikir secara rational. Dan yang paling penting ada initiatif untuk memajukan diri...

Kerja-kerja yang memerlukan bakat semulajadi..

Dulu saya pernah bercita2 nak jadi pilot.. tp tak mampu hehee..

Rasanya hampir semua kita prnh bercita-cita nak jd pilot kan..hehe

Pegawai SHO jika ada sekurangnya Diploma SHO kemudian apply Sijil SHO baru mantap

Bekerja sbg penasihat kewangan mmg masyuk. Gaji bergantung pada kerajinan memasing. Jika berminat bekerja sbg penasihat kewangan boleh call/whatsapp saya di 0183216297

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon