Aug 6, 2014

Tesco Kantoi Kerjasama Dengan Israel?

Selepas McDonald’s, kini pasar raya Tesco menjadi antara jenama yang giat diboikot oleh penentang kezaliman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.

Dr-Nik-Rahim-USIM - Boikot Tesco
Dr Nik Rahim, USIM.

Berdasarkan nota yang beredar di laman-laman sosial, alasan tindakan ini adalah kerana pengasas Tesco iaitu Jack Cohen merupakan penyokong kuat rejim Zionis hinggalah kematiannya pada 1979.

Sokongan terhadap Zionis ini didakwa turut disambung oleh pewaris Tesco iaitu Dame Shirley Porter. Antara sumbangan terbesarnya adalah penubuhan sekolah “The Porter School of Environmental Studies (PSES)” di Universiti Tel Aviv, Israel.

Boikot Tesco

Begitu pun, kiriman nota kononnya Tesco diambil sempena nama isteri Jack Cohen iaitu Tessa Cohen dipercayai tidak benar. (Sumber)

Susulan tindakan boikot ini, pihak Tesco Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media. Antara penafian dibuat adalah Tesco Malaysia tidak menyalurkan hasil jualan atau keuntungan kepada Israel.

Bagaimanapun selain kenyataan media bagi menjernihkan keadaan ini tersebar pula satu print screen emel dipercayai antara seorang pengguna yang prihatin tentang isu di Palestin dengan ibu pejabat Tesco di England.

Boikot Tesco [2]

Balasan emel daripada wakil perkhidmatan pelanggan Tesco bernama Sarah Thorne ini jelas membayangkan bahawa tiada sebarang cadangan di pihak Tesco untuk menghentikan kerjasama mereka dengan Israel meskipun ini mungkin jawapan yang kurang disenangi oleh umat Islam ekoran kekejaman Zionis di Gaza pada hari ini.

Tak dapat dinafikan Tesco Malaysia tidak salah dalam hal ini (sebagai mana McDonald’s tempatan) namun jika anda rasakan berbaloi untuk memboikot salah satu sumber yang menyalurkan walau sedikit wang ke dalam kocek seorang penyokong Zionis, pilihan di tangan anda.

Apa pun, tepuk dada tanya selera.

Sumber: Mynewshub.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon