Tuesday, August 12, 2014

Krubera, Gua Paling Dalam Di Dunia!


Tahukah Anda? Gua terdalam di dunia bernama Gua Krubera? Sebelum dinamakan sebagai Krubera, penduduk tempatan memanggil gua ini dengan panggilan Gua Voronya yang bermaksud gua kelawar.

Gua Krubera

Menurut catatan, sebelum saintis berjaya masuk ke kawasan ini, dipercayai gua ini adalah habitat lebih sejuta ekor kelawar.

Menurut cerita lisan penduduk, mereka pernah melihat, apabila kelawar ini keluar secara serentak, sinaran matahari tertutup dengan bayangan jutaan kelawar.

Berdasarkan cerita tidak rasmi itu, sekumpulan ahli Speleologi Kiev, Rusia, mencatatkannya sebagai Gua Voronya.

(Baca: 8 Lapangan Terbang Paling Menggerunkan Di Dunia!)

Bagaimanapun, berdasarkan catatan awal, gua ini telah pun ditemui sekitar tahun 1960an oleh seorang ahli Geografi Rusia bernama Alexander Kruber.

Melalui catatan yang dibuat Kruber, saintis menamakan semula gua ini sebagai Gua Krubera.

Dipercayai, jarak permukaan gua dengan lantai gua adalah 1.2 hingga 1.24 kilometer!

Setakat ini, kompleks gua ini masih belum habis diteroka. Mungkin ukuran ini bakal berubah lagi!

-Sentiasapanas.com

Gua Krubera [2]
Gua Krubera [3]
Gua Krubera [4]
Gua Krubera [5]
Gua Krubera [6]
Gua Krubera [7]

2 comments

  1. nak masuk pun dah ckup dalam..
    x leh bayangkan berapa luasnya gua ni..
    kalau terjatuh mau arwah ni :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon