Tuesday, July 15, 2014

Kalimah ALLAH Pada Pek McDonald’s?


Di saat McDonald’s menerima tempias kemarahan orang ramai terhadap isu serangan Israel pada penduduk Islam Palestin di Gaza hingga ada yang melancarkan boikot terhadap produk mereka, ada isu baru yang tidak sepatutnya berlaku melibatkan makanan segera ini.

Kalimah ALLAH Pada Pek McDonald’s

Ia adalah kalimah menyerupai perkataan ALLAH pada pek kentang goreng edisi World Cup yang kini giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.

Di sebalik lukisan grafik pada pek kentang goreng tersebut, terdapat ukiran berupa kalimah Allah yang tidak dapat dipastikan sama ada ia disengajakan.

Kalimah ALLAH Pada Pek McDonald’s [3]

Apa pun alasannya, McDonald’s perlu lebih hati-hati dan sensitif dengan isu seperti ini kerana seperti kita sedia maklum, kalimah Allah terlalu suci dan tidak boleh diletakkan sesuka hati pada sebarang objek.-Mynewshub.my

McDonald’s M’sia Nafi Salurkan Hasil Jualan Untuk Keganasan

Kalimah ALLAH Pada Pek McDonald’s [2]

McDonald’s Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.

“Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya,” menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.

Kenyataan McDonald’s Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.

Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.

“Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini,” menurutnya.

“Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik,” kata McDonald’s.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald’s Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya.

Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam ‘Operasi Perlindungan Sempadan’ sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza.-Bernama

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon