Wednesday, June 04, 2014

Anda Mengalami Masalah Mental Apabila Berfikir Terlalu 'Jauh'


Berfikir adalah senaman yang bagus untuk membolehkan minda berkembang tetapi adakah berfikiran terlalu jauh memberikan kesan yang sama?

over thinker

Pakar psikologi dari Universiti Michigan mendapati 73 peratus manusia yang berusia antara 25 hingga 35 tahun diklasifikasikan sebagai ‘overthinker’.

Benar, berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu adalah normal dan patut dilakukan pada setiap masa apabila perlu namun jika berfikir terlalu jauh sehingga menyebabkan individu itu sendiri mengalami tekanan jiwa, ia bukanlah sesuatu yang patut diamalkan.

Sedikit sekali kelebihan menjadi seorang yang berfikiran jauh kerana terlalu banyak keburukan didapati apabila mengamalkan daya pemikiran sebegini.

Salah satunya, seseorang itu akan berfikir dengan terlalu lama sehingga tidak ada masa untuk melakukan kerja lain bahkan keadaan itu menyebabkan dia membuat analisis yang bukan-bukan dan tidak diterima akal.

Pendek kata, hanya kerana perkara kecil, remaja yang mengamalkan teknik itu akan membuat keputusan yang tidak munasabah dan kadangkala ‘lari’ daripada topik asal.

Buktinya, seseorang yang memikirkan masalah dengan terlalu mendalam mudah mendapat tekanan jiwa dan sering berasa gusar pada setiap masa.

Ini kerana teknik itu tidak memberikan jalan penyelesaian, sebaliknya memerangkap individu terbabit dalam daya pemikiran itu.

over thinking

Jika kamu termasuk antara golongan itu, perlu diingat bahawa berfikiran jauh itu banyak memberikan kesan buruk yang mungkin kamu tidak ketahui.

Berubahlah segera menjadi seorang yang waras dan boleh berfikir dengan tenang.

1. Elakkan situasi yang tidak perlu

Perlu diingatkan bahawa keadaan minda yang stabil hadir daripada suasana yang tenang dan diri tidak dibelenggu masalah.

Oleh itu, elakkan diri daripada berhadapan dengan situasi yang boleh membuatkan kamu berfikir jauh.

Contohnya, kamu tidak perlu berada di tempat di mana kamu boleh berfikir lebih jauh untuk kali yang kedua.

2. Buang pemikiran negatif

Punca utama mengapa kamu boleh berfikiran jauh disebabkan sikap negatif yang meracuni minda kamu. Jika kamu ada masalah dari segi pergaulan dan sebagainya, jangan buat andaian semata-mata, sebaliknya dapatkan kepastian sama ada perkara itu terjadi disebabkan kesalahan mereka atau tidak. Banyakkan berfikir sesuatu yang positif untuk membasmi fikiran negatif itu.

3. Buat sesuatu yang seronok

Untuk mengelakkan diri daripada berfikir terlalu jauh, buat sesuatu yang boleh membuatkan kamu lupa segala masalah yang melanda diri.

Contohnya, kamu boleh pergi bercuti ataupun lakukan aktiviti masa lapang seperti beriadah untuk menghilangkan masalah kamu buat sementara waktu.

Pada pada masa yang sama, ubah sikap kamu untuk lebih bijak mengatasi masalah yang ada.

4. Alih perhatian

Paling penting, kamu perlu melakukan sesuatu yang boleh merehatkan minda dan tidak mengganggu otak kamu.

Contohnya, bersenam antara aktiviti terbaik dalam hal ini. Dengan mengeluarkan peluh, kamu boleh berfikir dengan lebih normal. Selain itu, ambil masa untuk keluar dengan keluarga dan buat mereka gembira.

5. Tetapkan masa

Jikalau susah sangat untuk kamu mengalih perhatian, apa kata tetapkan masa untuk berfikir dengan lebih jauh.

Jika sebelum ini melangkau satu jam, hadkan ia menjadi 15 minit saja. Bawa sekali nota dan pen untuk mencatat apakah perkara yang membuatkan kamu menjadi sedemikian.

Dalam masa yang singkat itu, kamu pasti menulis banyak sekali punca utama.

Kemudian, gumpal kertas itu dan baling ke dalam tong sampah untuk menjadikan kamu lebih puas.

6. Tukarkan teknik minda itu kepada positif

Selalunya, berfikiran lebih jauh itu tidak memberikan apa-apa jalan penyelesaian yang kukuh. Oleh itu, apa kata kamu menggunakan peluang itu untuk berfikir akan jalan penyelesaian yang lebih munasabah dan positif agar sesuatu masalah itu boleh diselesaikan dengan segera.

Imaginasi bahawa setiap apa yang kamu fikir itu mempunyai isi penting untuk memastikan jalan penyelesaian dapat dikecapi.

7. Ubah perspektif

Memang benar, ‘overthinker’ kebanyakannya takut dan selalu menetapkan sesuatu yang negatif pada saat akhir.

Pasti itu akan memberikan masalah menjadi lebih teruk lagi. Oleh itu, kamu perlu fikirkan jalan penyelesaian yang buruk itu dan kemudian hadirkan sekali pendapat kamu untuk menyelesaikannya.

Fikirkan perkara positif untuk kesan yang lebih baik.

BACA INI JUGA: Gila Meroyan, Bahaya Gangguan Mental Selepas Bersalin

Sumber: Hmetro

1 comment

  1. ada logik disitu jugak...rasanya kalau bak buat long term plan macam 3-5- tahun ini masih okay lagi..tapi kalau nak pikir lan untuk 10-15 tahun tu mcam panjang sangat..macam2 boleh jadi during that period..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon