Tuesday, May 13, 2014

Mak Nyah Berjanggut Juara Nyanyian Berprestij Eropah!


Austria buat pertama kalinya dalam tempoh 48 tahun memenangi pertandingan nyanyian Eurovision paling berprestij Eropah, apabila wakil mereka seorang mak nyah, memenanginya!

Conchita Wurst

Lebih unik, wakil negara itu Conchita Wurst turut dikenali dengan gelaran "Wanita Berjanggut".

Conchita berusia 25 tahun dengan nama sebenarnya ialah Tom Neuwirth menjuari pertandingan itu di Copenhagen, Denmark, biarpun terdapat kata-kata persembahannya dalam keadaan begitu akan mendapat kritikan di negara yang mempunyai perspektif sosial yang agak konservatif.

"Kita semua bersatu dan kita tidak boleh dihalang," katanya, selepas menjuarai pertandingan itu dengan 290 mata meninggalkan naib juara dengan hanya 238 mata dari Belanda, menurut laporan laman web Mashable.com.

Ketika ditanya apa yang bakal diberitahu kepada Presiden Rusia Vladimir Putin yang mana telah menandatangani undang-undang mengharamkan hubungan sejenis, Conchita berkata kebangkitan golongan itu tidak boleh dihalang.

Conchita memenangi Euroivision dengan kebanyakan mata berharga diperolehi dari Britain, Sweden dan Belanda.

Kali terakhir Austria memenangi pertandingan itu adalah pada tahun 1966 dengan lagu Meri Cherie nyanyian Udo Juergens.

Pertandingan itu telah dimulakan pada tahun 1956, yang mana proses undian dikatakan dipengaruhi politik termasuk pada tahun ini apabila kebanyakan penonton mengatakan akan memberi undian kepada wakil Rusia.



Negara seperti Azerbaijan dan Belarus kedua-duanya memberikan markah penuh kepada wakil Rusia Tolmachevy Sisters dengan lagunya Shine.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon