Friday, May 09, 2014

Fenomena Burung Membunuh Diri Di Jatinga


Jatinga ialah sebuah kampung kecil yang terletak di Assam, sebuah negeri di Timur Laut India.

Jatinga Birds Suicide

Fenomena terkenal di sana ialah fenomena burung yang membunuh diri yang akan berlaku di sekitar bulan September setiap tahun sehingga ke bulan November.

Semasa diakhir bulan monsun ini, beberapa jenis burung tempatan selain burung yang bermigrasi akan membunuh diri secara beramai-ramai diperkampungan ini. Biasanya ia berlaku selepas matahari terbenam, antara pukul 7 hingga 10 malam.

Beratus-ratus burung yang sedang terbang di udara akan membunuh diri dengan cara menghempaskan diri mereka ke bangunan-bangunan dan juga pokok-pokok.

Jatinga Festival
Jatinga Birds Suicide [2]

Oleh kerana sifat burung bukannya haiwan yang suka membunuh diri, fenomena ini telah menjadi topik perbualan hangat dikalangan penduduk tempatan, pelawat dan juga ahli saintis.

Sejak beberapa lama juga, penduduk tempatan percaya yang roh jahat dari langit bertanggungjawab membunuh burung-burung itu. Namun, sudah tentu itu hanyalah alasan dan andaian semata-mata.

Setelah penyiasatan dilakukan, satu keputusan telah dibuat yang mengatakan burung-burung itu sebenarnya telah terpesong arahnya akibat kabus monsun.

Jadi, mereka tertarik kepada lampu-lampu yang berada di kampung tersebut dan akan terbang kearahnya menyebabkan mereka terlanggar dinding dan pokok semasa proses itu.

Burung-burung yang datang ke kampung tersebut dikenalpasti bukanlah burung yang bermigrasi dari kawasan yang sangat jauh.

44 spesis daripadanya diketahui mempunyai kecenderungan 'membunuh diri' dan kebanyakan daripadanya datang daripada kampung-kampung berdekatan dan kawasan bukit.

Satu lagi jawapan yang ditemui oleh para pengkaji ialah, burung-burung yang 'membunuh diri' ini sebenarnya telang hilang habitat semulajadi mereka kerana masalah banjir akibat musim monsun menyebabkan mereka terpaksa bermigrasi ke tempat lain.

Jatinga-Valley
Jatinga Festival [3]
Jatinga Festival [2]
Jatinga Festival [4]

Namun, tiada jawapan dapat diberikan kenapa burung-burung ini hanya terbang di waktu malam ataupun kenapa burung-burung ini terperangkap ditempat yang sama dan terus berlaku setiap tahun.

Untuk mempromosikan fenomena ini sebagai pusat pelancongan, pihak berkuasa tempatan telah menganjurkan festival yang berlangsung semasa musim burung-burung ini membunuh diri yang dipanggil Festival Jatinga sejak tahun 2010.

BACA INI JUGA: Asal-usul Pesta Tadau Kaamatan (Pesta Menuai)

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon