Saturday, April 05, 2014

Wanita Jatuh Perigi Terlalu Asyik ‘Projek’


Seorang lelaki kini dicari pihak polis selepas lari meninggalkan teman wanitanya yang jatuh ke dalam perigi ketika mereka sedang melakukan hubungan seks.

Wanita Jatuh Perigi Terlalu Asyik ‘Projek’
Gambar hiasan.

Lelaki itu memilih untuk melarikan diri daripada membantu Edelia Aponte, 21, apabila dia terhumban ke dalam perigi sedalam 15 kaki (4.6 meter).

Kejadian berlaku apabila Edelia tidak menyedari kayu yang digunakan untuk menutup perigi tempat dia dan lelaki tersebut melempiaskan nafsu longgar membuatkannya terjerlus.

Edelia baru sahaja mengenali lelaki tersebut pada hari kejadian di Ciudad Real, Sepanyol.

Wanita Jatuh Perigi Terlalu Asyik ‘Projek’

Dia bernasib baik kerana ada orang awam yang menelefon polis memaklumkan kejadian tersebut lalu dia berjaya diselamatkan.

Jurucakap bomba dan penyelamat, Leni Portillo berkata, wanita tersebut terselamat kerana dia pandai berenang dan tidak panik selepas jatuh.

Lelaki yang meninggalkan Edelia kini dicari dan akan didakwa atas kesalahan tidak membantu seseorang yang memerlukan bantuannya. -Metro UK

Tersangkut celah parit selamat telefon bimbit

Ella-Anne
Ella-Anne ketika diselamatkan anggota bomba.

Sementara itu, seorang remaja perempuan berdepan situasi mencemaskan apabila cuba menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam parit besar.

Telefon bimbit Ella-Anne Birchenough, 16, tercicir dalam parit berhampiran rumahnya di Dover, Kent.

Dia kemudian cuba mengambil alat itu, namun tersangkut dan menghubungi ibunya Joanne Birchenough, untuk mendapatkan bantuan.

Joanne yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menghubungi bomba yang mengambil masa hanya kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan Ella-Anne.

Menceritakan kejadian itu, Ella-Anne berkata, telefon itu terjatuh ketika dia sedang berbual dengan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Saya terfikir ‘tidak mungkin saya akan membiarkannya di situ’ sebelum terus terjun mengambilnya,” katanya. -Hmetro

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon