Tuesday, February 04, 2014

Nabil Aibkan Luna Maya, Terkantoi Kisah Hitam Sendiri!


Kalau sesiapa berkesempatan menyaksikan program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) pada minggu separuh akhir yang berlangsung di Johor Bahru, Jumaat lalu, pasti anda tahu kontroversi yang menimpa Nabil Ahmad pada masa ini.

Nabil+Aibkan+Luna+Maya

Nabil dikatakan tidak mempunyai sensitiviti dengan lawak yang dipamerkannya apabila dengan beraninya mengaitkan kisah silam salah seorang juri tetap rancangan itu yang berasal dari Indonesia, Luna Maya.

Lantas, Nabil teruk dikecam sesetengah peminat program tersebut yang menyifatkan perbuatannya itu sangat biadap apabila memalukan seseorang di khalayak umum.

Bercakap mengenai perkara itu, Nabil menjelaskan di portal Ohbulan dengan berkata, “Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat.

"Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya google nama Luna Maya, saya jumpa gambar.

(Baca: Panas! Dewi Perssik Mengaku Onani Ketika Kesunyian)

“Saya bukan nak hina dia sebaba saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun.

"Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tak kisah pun. Jadi, kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa,” ulasnya.

Berdasarkan penjelasan Nabil, peminat mula mengandaikan seolah-olah dia mengakui gambar kontroversinya satu masa dahulu adalah benar dan asli.

Nabil+Kantoi+Bercium

Ini kerana pada masa gambarnya itu hangat dan riuh di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan, Nabil bermati-matian mengatakan gambarnya bersama seorang pelakon wanita itu telah diedit atau superimpose.

Tak pasal-pasal kantoi sendiri!

Lain kali, kalau nak berlawak boleh, cumanya janganlah keterlaluan sehingga aib orang lain dibuka sama.

Bak kata Jep Sepahtu dalam satu lawaknya, “biar tak lawak, asalkan jangan biadap”.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon