Sunday, February 09, 2014

Fobia Selebriti-selebriti Terkenal Hollywood


Menjadi seorang selebriti dan terkenal di dunia Hollywood adakalanya tidak menjamin kebahagiaan diri masing-masing.

Hollywood Fobia omg

Setiap selebriti Hollywood masing-masing mempunyai ketakutan terhadap sesuatu. Dan ada juga antara selebriti-selebriti ini yang mempunyai fobia terhadap sesuatu. Nak tahu, jom baca..

David Beckham

David Beckham

Walaupun David Beckham ialah seorang ahli sukan yang hebat, model yang memukau selain mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sempurna sebagai lelaki, itu tidak bermakna dia terkecuali daripada mempunyai fobia terhadap sesuatu dan dalam kes David, dia mengalami 'Ataxophobia' iaitu ketakutan kepada sesuatu yang tidak teratur malah dikatakan dia akan menyusun minuman tin dalam peti sejuknya dalam satu kaedah khas yang dikehendakinya.

Madonna

Madonna

Kadangkala wataknya di pentas nampak ganas dan dia kelihatan seperti seorang wanita yang tidak takutkan apa-apa. Namun, Madonna sebenarnya menghidap 'Brontophobia' iaitu ketakutan kepada guruh.

Orlando Bloom

Orlando Bloom

Pelakon kacak ini mempunyai masalah 'Swinphobia' iaitu ketakutan kepada babi.

Nicole Kidman

Nicole Kidman

Nicole Kidman pernah membuat pengakuan yang dia seringkali diserang panik apabila berada di laluan Red Carpet (Karpet Merah) ataupun seringkali digelar 'Panic Attack'. Selain daripada itu, Nicole juga mempunyai masalah iaitu fobia kepada rama-rama.

Christina Ricci

Christina Ricci

Aktres kecil molek ini mempunyai masalah 'Botanophobia' iaitu ketakutan kepada tumbuh-tumbuhan dalam rumah. Menurutnya, dia menganggap tumbuh-tumbuhan itu sebagai kotor dan sangat menakutkan dirinya. Jadi tidak hairanlah dirumahnya tidak mempunyai taman.

Kelly Osbourne

Kelly Osbourne

Anak kepada rocker terkenal, Ozzy Osbourne dan Sharon Osbourne ini menderita penyakit 'Haphophobia' iaitu ketakutan kepada orang lain menyentuh dirinya. Malah, perkara tersebut turut diakui sendiri oleh abangnya.

Matthew McConaughey

Matthew McConaughey

Aktor yang nampak sangat macho dan sentiasa gemarkan aktiviti lasak rupanya tidak lepas daripada mempunyai ketakutan. Dia dikatakan mempunyai fobia kepada terowong ataupun pintu yang berpusing. Menurut Matthew, setiap kali dia melihat pintu yang berpusing, dia akan terus menjadi resah dan gelisah.

Billy Bob Thornton

Billy Bob Thornton

Walaupun nampak hebat di mata umum, aktor yang pernah mengahwini aktres Angelina Jolie ini pula mengalami 'Chromophobia' iaitu ketakutan kepada perbot-perabot antik. Billy mengaku yang beliau sangat takut kepada perabot-perabot lama.

Kim Basinger

Kim Basinger

Kalau ramai orang mempunyai rasa takut terperangkap dalam bilik yang kecil, gelap dan sempit, berlainan pula dengan aktres ini. Kim Basinger mengalami 'Agoraphobia' iaitu ketakutan kepada ruang yang terbuka. Biasanya individu yang menderita fobia ini biasanya mempunyai rasa malu yang amat sangat dan selalunya sentiasa mahukan waktu bersendiri malahan itu jugalah yang terjadi kepada Kim apabila dia dilaporkan oleh majalah People bahawa dia terpaksa berada dirumahnya selama lima bulan tanpa keluar ke khalayak umum akibat fobianya itu.

Pamela Anderson

Pamela Anderson

Aktres yang suatu ketika dahulu sangat terkenal dan diburu wartawan Hollywood kemana sahaja mempunyai masalah dengan cermin iaitu 'Eisoptrophobia' iaitu ketakutan kepada cermin. Agak ironik tapi itulah hakikat yang dialaminya. Kecantikan dan tubuh yang menarik pun tidak menjamin kebahagiaan mereka.

BACA INI JUGA: Video Ben Affleck Pertahan Islam Dari Kutukan Yahudi!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon