Friday, December 06, 2013

VIDEO, A Tribute To Paul Walker, "In Loving Memory"


Pelakon Paul Walker telah meninggal dunia pada Sabtu lalu, namun kematiannya terus diratapi oleh peminat, keluarga dan rakan seperjuangannya dalam filem The Fast & Furious.

Paul Walker In Loving Memory

Sebagai memperingati aktor tersebut, pasukan The Fast & Furious telah menerbitkan video yang menyentuh hati yang diambil daripada adegan lakonan Paul dalam filem berkenaan.

Video selama dua minit itu dimuatnaik dalam Youtube.

Ia dimulakan dengan aksi senyuman Paul.

“Apa yang kau senyumkan’ tanya aktor Vin Diesel yang melakonkan watak pelumba kereta jalanan, Dominic Toretto.

Paul yang melakonkan watak Brian O’Conner kemudiannya menjawab `Aku hampir kenakan kau’.


Video ini turut menampilkan adegan lakonan Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez dan rakan-rakan yang lain.

Lagu nyanyian skylark Grey iaitu Coming Home dengan lirik `Let the rain, wash away, all the pain of yesterday; I know my kingdom awaits, and they’ve forgiven my mistakes; I’m coming home; I’m coming home’ telah dimasukkan dalam video itu.

Ia nyata amat menyedihkan dan video berkenaan diakhiri dengan imej Paul yang bersandar pada sebuah kereta berwarna biru.

Paul meninggal dunia pada usia 40 tahun selepas kereta Porsche yang dinaiki bersama rakannya, Roger Rodas telah terbakar ketika menghadiri satu majlis amal.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon